Connect with us

Terkini

Guna pelitup muka, payung dan topi elak kesan langsung jerebu,cuaca panas – Menteri Kesihatan

Orang ramai dinasihatkan menggunakan pelitup muka, payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung terhadap cuaca panas dan jerebu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Guna pelitup muka, payung dan topi elak kesan langsung jerebu,cuaca panas - Menteri Kesihatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Orang ramai dinasihatkan menggunakan pelitup muka, payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung terhadap cuaca panas dan jerebu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
  • “Hadkan masa berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan jerebu,” katanya.
  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan menggunakan pelitup muka, payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung terhadap cuaca panas dan jerebu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata mereka juga perlu mengehadkan aktiviti fizikal lasak kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas dan jerebu.

“Hadkan masa berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan jerebu,” katanya dalam kenyataan susulan keadaan negara dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.

Berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam, terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (berjaga-jaga) dan tiada kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (gelombang haba).

Dr Zaliha turut meminta orang ramai untuk menutup tingkap bagi mengurangkan partikel jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

“Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman,” katanya.

Beliau berkata langkah pencegahan lain bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan susulan cuaca panas dan jerebu adalah penggunaan penyaman udara dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

“Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ini bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan mengawal-atur suhu badan.

“Kerapkan mandi bagi menyejukkan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan,” katanya menambah, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *