Antarabangsa
(VIDEO) Terdesak bolot hadiah, Pemain catur lelaki pakai niqab sertai kejohanan catur wanita
Seorang pemain catur lelaki memakai niqab untuk merahsiakan jantinanya bagi menyertai kejohanan catur wanita di Kenya selepas berhasrat memenangi hadiah wang tunai yang diperuntukkan untuk peserta wanita.
- Seorang pemain catur lelaki memakai niqab untuk merahsiakan identitinya bagi menyertai kejohanan catur wanita di Kenya selepas berhasrat memenangi hadiah wang tunai yang diperuntukkan untuk peserta wanita.
- Stanley Omondi, 25, menyertai Kejohanan Catur Terbuka Kenya menggunakan nama Millicent Awour, dilaporkan dalam usaha untuk meningkatkan peluangnya merebut hadiah wang tunai.
- Muslihat lelaki itu terdedah apabila penganjur mengesyaki kehebatannya yang luar biasa sebagai pemain catur tidak dikenali, selain kasut yang dipakainya kelihatan lebih maskulin.
Seorang pemain catur lelaki memakai niqab untuk merahsiakan jantinanya bagi menyertai kejohanan catur wanita di Kenya selepas berhasrat memenangi hadiah wang tunai yang diperuntukkan untuk peserta wanita.
Stanley Omondi, 25, menyertai Kejohanan Catur Terbuka Kenya menggunakan nama Millicent Awour, dilaporkan dalam usaha meningkatkan peluangnya merebut hadiah wang tunai.
Menurut Reduxx, kejohanan itu diadakan minggu lalu di ibu negara Kenya dan merupakan pertandingan tahunan yang disertai pemain catur terkemuka dari seluruh Afrika.
Stanley menyamar menggunakan niqab (penutup muka penuh) yang dipakai sebahagian wanita Islam yang hanya meninggalkan sedikit bukaan pada mata.
Selain itu, Stanley juga memadankan tudung dengan jubah longgar dan cuba untuk menganggap dirinya sebagai seorang wanita Islam yang taat beragama.
View this post on Instagram
Pada mulanya, pegawai kejohanan tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena. Hal ini kerana, Islam adalah agama kedua terbesar di negara Afrika, dengan lebih 10 peratus daripada penduduk dikenalpasti sebagai Muslim.
Presiden Catur Kenya, Bernard Wanjala bagaimanapun berkata mereka mula meragui tentang aksinya, dengan menyatakan dia bermain terlalu handal bagi peserta yang tidak dikenali sebelum ini.
Selepas Stanley menewaskan bekas juara kebangsaan Kenya, Gloria Jumba dan pemain terbaik Persekutuan Catur Antarabangsa Uganda, Ampaire Shakira, pegawai bertindak untuk mempersoalkan identitinya.
“Kami tidak mempunyai sebarang syak wasangka pada mulanya kerana pemakaian tudung adalah perkara biasa.
“Tetapi sepanjang pertandingan, kami perasan dia menang menentang pemain yang sangat handal… dan tidak mungkin ada orang baharu yang tidak pernah bermain kejohanan itu “yang sangat handal”.” kata Bernard.
Bernard juga menjelaskan dia meragui tentang kasut Stanley dan enggan memberitahu sesiapa. Namun, akhirnya dia memberitahu selepas itu.
“Salah satu red flag yang kami juga perhatikan adalah kasut, dia memakai kasut yang lebih maskulin daripada feminin,”
“Kami juga perasan dia tidak bercakap, walaupun dia datang untuk mengambil tagnya, dia tidak boleh bercakap, kebiasaannya, apabila anda bermain, anda akan bercakap dengan lawan anda… kerana bermain permainan catur bukanlah satu peperangan tapi ia perlawanan persahabatan,” kata Bernard.
Stanley kemudian mengakui muslihatnya dan menjelaskan dia berada dalam kedudukan kewangan yang sukar dan memerlukan wang daripada hadiah itu. Stanley juga menyatakan dia “bersedia untuk menerima semua akibat”.
Pegawai Terbuka Kenya membuat spekulasi bahawa Stanley merupakan pemain catur mahir dan mempercayai dia mempunyai peluang lebih baik untuk menang jika menyertai kategori lelaki berbanding wanita.
Sumber: Reduxx