Terkini
Joe Biden dapat memo daripada NGO Malaysia
Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum menuntut pembebasan Al-Quds dan Palestin kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

- Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum menuntut pembebasan Al-Quds dan Palestin kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
- Memorandum diserahkan kumpulan itu melalui Duta Amerika Syarikat kepada Malaysia, Brian Mcfeeters di sini, tadi.
- Penganjur Sambutan Hari Al-Quds Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya keadaan ketegangan yang berlaku di Masjid al-Aqsa termasuk jemaah dipukul dengan ganas di dalam Masjid Qibli.
Kuala Lumpur: Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum menuntut pembebasan Al-Quds dan Palestin kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
Ia bersempena Hari Al-Quds Sedunia yang akan disambut pada hari Jumaat terakhir Ramadan minggu depan.
Memorandum diserahkan kumpulan itu melalui Duta Amerika Syarikat kepada Malaysia, Brian Mcfeeters di sini, tadi.
Penganjur Sambutan Hari Al-Quds Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya keadaan ketegangan yang berlaku di Masjid al-Aqsa termasuk jemaah dipukul dengan ganas di dalam Masjid Qibli.
“Pencerobohan itu (Masjid Al Aqsa) adalah satu pencerobohan yang dirancang. Kami mengutuk serangan tentera Israel ke atas Almusalah Al-Qibli di masjid al-Agsa dan cuba memaksa penduduk Palestin keluar, dan melarang mereka melakukan lktikaf,” katanya.
Terdahulu, ratusan individu berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan U Thant di sini.
Mereka yang bermula pada jam 2.30 petang tadi menyerahkan memorandum itu kepada wakil kedutaan.
Antara NGO yang membantah itu ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), memorandum itu dipersetujui Aliansi Masjid-Masjid Dunia dalam Pertahanan Al Aqsa; Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia; Parti Amanah Negara (AMANAH); Citizen International; SEJAGAT, BDS Malaysia; Pusat Kajian Palestin Hashim Sani, Universiti Malaya dan Yayasan Al-Quds Malaysia dan Yayasan Isra’ Malaysia.
Turut menyokong usaha itu, Angkatan Belia Islam Malaysia Belia Islam(ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam; Misi Keamanan Global (GPM) Malaysia), Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM); MyAqsa Defenders (MyAD), Jaringan Persaudaraan Masjid Serantau, Teras Pengupayaan Melayu; Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia; Pusat Tasawwur Islam Antarabangsa; Persatuan Advokasi dan Penyelidikan Minoriti Islam; Sekretariat Palestin Malaysia; Persatuan Ulama Kedah; MyChild Antarabangsa; Persatuan Pengupayaan Dhuafa dan Peduli Masyarakat; Institut Advokasi untuk Keadilan dan Keamanan;Perak the Future; Gagasan Darul Aman; Ikatan Muhibbah Indian Muslim DAN Persatuan Rapat RakyatGlobal (GPM) Malaysia).
Mohd Azmi yang juga Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) berkata, Amerika Syarikat jelas menyokong rejim pengganas kerana mempunyai dasar luar mengenai pendudukan Israel dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang jelas membuktikan kemunafikan dan pilih kasih kuasa besar itu.
Katanya, keengganan Biden mengutuk Israel yang menyerbu masjid Al Agsa dan menyekat kenyataan Majlis Keselamatan yang mengkritik serbuan itu adalah keterlibatan AS dengan jenayah antarabangsa oleh Israel.
“Kami mengecam sokongan berterusan AS dan sekutunya terhadap dasar menindas rejim Israel. AS dan kuasa barat menunjukkan tahap kepura-puraan dan pilih kasih yang paling tinggi apabila membabitkan konflik Russia – Ukraine berbanding kebiadaban Israel terhadap penduduk Gaza,” katanya.
Sumber: Harian Metro

You must be logged in to post a comment Login