Connect with us

Antarabangsa

“Saya paling banyak bantu Palestin berbanding orang lain” – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan bahawa dia merupakan individu yang paling banyak menyumbang kepada masyarakat Palestin berbanding sesiapa pun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan bahawa dia merupakan individu yang  paling banyak menyumbang kepada masyarakat Palestin berbanding sesiapa pun.
  • Penegasan Biden terhadap sokongannya kepada Israel dan Palestin itu dimaklumkannya kepada Speedy Morman dari Complex Media, ketika membincangkan persoalan mengapa sokongan AS terhadap Israel “begitu kuat.”
  • Wawancara itu dirakam pada Jumaat dan dikeluarkan pada Isnin dalam rancangan “360 with Speedy.”
  • “Oh ya, sayalah orang yang melakukan sebanyak mungkin untuk masyarakat Palestin berbanding sesiapa pun. Sayalah orang yang membenarkan penggunaan segala aset (untuk bantu Palestin). Sayalah orang yang memastikan Mesir membuka sempadannya untuk membenarkan barangan, ubat-ubatan dan makanan melaluinya,” kata Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan bahawa dia merupakan individu yang paling banyak menyumbang kepada masyarakat Palestin berbanding sesiapa pun.

Penegasan Biden terhadap sokongannya kepada Israel dan Palestin itu dimaklumkannya kepada Speedy Morman dari Complex Media, ketika membincangkan persoalan mengapa sokongan AS terhadap Israel “begitu kuat.”

Wawancara itu dirakam pada Jumaat dan disiarkan pada Isnin dalam rancangan “360 with Speedy.”

“Seandainya tiada Israel, setiap Yahudi di dunia berdepan risiko.

“Oleh itu, ada keperluannya untuk Israel menjadi kuat, dan ada keperluannya untuk Israel ada.. selepas Perang Dunia Kedua, kemampuan bagi orang Yahudi untuk mempunyai tempat mereka sendiri.

“Tetapi kamu tidak perlu menjadi Yahudi untuk menjadi seorang Zionis,” jelas Biden sebelum mengakui dirinya seorang Zionis.

Biden turut menyatakan bahawa masih ramai “tidak faham apakah zionis” sebelum menjelaskan sumbangannya buat rakyat Palestin, termasuk dorongan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza di tengah-tengah perang yang berpanjangan.

“Oh ya, sayalah orang yang melakukan sebanyak mungkin untuk masyarakat Palestin berbanding sesiapa pun. Sayalah orang yang membenarkan penggunaan segala aset (untuk bantu Palestin). Sayalah orang yang memastikan Mesir membuka sempadannya untuk membenarkan barangan, ubat-ubatan dan makanan melaluinya,” kata Biden

“Saya sangat menyokong rakyat Palestin. Tetapi Hamas adalah sekumpulan samseng,” jelas Biden kepada Morman. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *