Antarabangsa
Biden, Blinken bersekongkol dalam genosid ke atas rakyat Palestin — Hamas
Hamas menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), termasuk Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Presiden AS, Joe Biden, bersekongkol dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Quds Press.
- Hamas menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), termasuk Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Presiden AS, Joe Biden, bersekongkol dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Quds Press.
- Ini susulan laporan platform siasatan kewartawanan AS, ProPublica mendakwa Blinken sengaja menyembunyikan butiran jenayah ketenteraan Israel di Gaza daripada Kongres kerana bimbang ia akan menjejaskan pembekalan senjata kepada tentera negara penjajah itu.
- “Tindakan jenayah oleh Blinken ini menuntut ahli-ahli terhormat Kongres AS dan badan kehakiman AS untuk menyiasat perkara ini.
- “Ia mengakibatkan kematian ribuan rakyat kami, sama ada melalui pembunuhan langsung dengan senjata Amerika atau bersekongkol dengan dasar kebuluran dan penindasan yang dilakukan entiti Zionis penjenayah yang secara terang-terangan melanggar prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Hamas dalam satu kenyataan akhbar dipetik MEMO pada Khamis.
Hamas menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), termasuk Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Presiden AS, Joe Biden, bersekongkol dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Quds Press.
Ini susulan laporan platform siasatan kewartawanan AS, ProPublica mendakwa Blinken sengaja menyembunyikan butiran jenayah ketenteraan Israel di Gaza daripada Kongres kerana bimbang ia akan menjejaskan pembekalan senjata kepada tentera negara penjajah itu.
“Tindakan jenayah oleh Blinken ini menuntut ahli-ahli terhormat Kongres AS dan badan kehakiman AS untuk menyiasat perkara ini.
“Ia mengakibatkan kematian ribuan rakyat kami, sama ada melalui pembunuhan langsung dengan senjata Amerika atau bersekongkol dengan dasar kebuluran dan penindasan yang dilakukan entiti Zionis penjenayah yang secara terang-terangan melanggar prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Hamas dalam satu kenyataan akhbar dipetik MEMO pada Khamis.
Kumpulan Palestin itu juga menyeru “institusi kehakiman antarabangsa, terutamanya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengambil serius laporan ini dan diambil tindakan undang-undang terhadap Blinken kerana terlibat dalam kebuluran disengajakan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza”.
Israel sedang diadili atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Pemimpinnya juga berdepan kemungkinan dikeluarkan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Pendudukan Israel di wilayah Palestin dianggap haram oleh ICJ dan PBB menuntut agar negara apartheid itu menamatkan pendudukan haramnya dalam tempoh 12 bulan. — The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina