Connect with us

Terkini

Senarai akta vape di negara ASEAN

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menyenaraikan undang-undang vape di beberapa buah negara ahli ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) di Facebooknya pada Isnin lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.
  • Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menyenaraikan undang-undang vape di beberapa buah negara ahli ASEAN di Facebooknya pada Isnin lalu.
  • Jika dilihat secara akademik dan perbahasan ilmiah kesemua negara tersebut masih lagi berhati-hati dalam meluluskan akta penggunaan vape di negara masing-masing di mana  fokus utama mereka adalah nikotin yang menjadi bahan penting di dalam kitaran ketagihan sama ada rokok ataupun vape, katanya.
  • Penggunaan vape yang mempunyai nikotin terlalu ketat untuk diberikan kelulusan malah jika diluluskan sekalipun bahan racun nikotin itu masih perlu dikawal selia.
  • Beliau menyenaraikan dan menjelaskan akta vape melibatkan negara Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

KUALA LUMPUR — Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menyenaraikan undang-undang vape di beberapa buah negara ahli ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) di Facebooknya pada Isnin lalu.

Jika dilihat secara akademik dan perbahasan ilmiah kesemua negara tersebut masih lagi berhati-hati dalam meluluskan akta penggunaan vape di negara masing-masing di mana  fokus utama mereka adalah nikotin yang menjadi bahan penting di dalam kitaran ketagihan sama ada rokok ataupun vape, katanya.

Beliau berkata, penggunaan vape yang mempunyai nikotin terlalu ketat untuk diberikan kelulusan malah jika diluluskan sekalipun bahan racun nikotin itu masih perlu dikawal selia.

Memetik negara Thailand, Dr Suhazeli memberitahu negara itu merupakan negara ASEAN pertama yang mengharamkan vape pada tahun 2019 di mana memiliki, menjual, dan import produk tersebut boleh dikenakan denda dan penjara.

Selain itu, penggunaan vape dan rokok elektronik juga dilarang terutamanya di tempat awam. 

“Jika seseorang tertangkap menghisap vape di tempat awam atau di tempat yang tidak diizinkan, mereka akan dikenakan denda hingga 30.000 baht (sekitar RM3,800) dan/atau penjara hingga 10 tahun. Peranti penyediaan mereka akan turut disita pihak berkuasa tempatan,” katanya yang kemudian berkongsi pula tentang negara Singapura.

Larangan penjualan dan penggunaan vape di Singapura adalah paling ketat di antara negara ASEAN, denda akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar akta berkenaan, kata Dr Suhazeli.

Beliau berkata, denda kesalahan menghisap vape di tempat awam adalah SGD $200 untuk kesalahan pertama dan SGD $500 kesalahan kedua manakala kesalahan ketiga dan seterusnya, dikenakan denda maksimum SGD $2000 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, di Indonesia pula tiada akta khusus membabitkan vape namun kerajaan tersebut hanya membenarkan cecair tidak bernikotin dijual.

Peraturan vape dan e-rokok sebenarnya masih dalam tahap perbahasan. Hingga saat ini, kerajaan Indonesia belum mengeluarkan peraturan rasmi yang mengatur penggunaan dan penjualan vape,” katanya.

Menurut beliau pada tahun 2018, Kementerian Kesihatan Indonesia bagaimanapun mengeluarkan larangan import e-rokok dan produk vape selain beberapa daerah di Indonesia juga mengeluarkan peraturan mengenai larangan penggunaan vape. 

Sebagai contoh, di Kota Tangerang Selatan, Banten, pelanggaran penggunaan vape boleh dikenakan denda maksima Rp50 juta atau penjara maksima enam bulan. 

Sementara itu, di Kota Surabaya, Jawa Timur, pelanggaran penggunaan vape boleh dikenakan denda maksima Rp100 juta atau penjara maksima satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

Dr Suhazeli berkata, bagaimanapun peraturan tersebut hanya berlaku di daerah masing-masing dan belum menjadi peraturan di seluruh Indonesia.

“Vape adalah dibenarkan di Filipina, tetapi terdapat peraturan mengenai pengiklanan, jualan, dan penggunaan di mana cecair mengandungi nikotin dibenarkan, namun hanya untuk penggunaan peribadi. 

“Pada tahun 2019, Filipina meluluskan Undang-Undang Republik No. 11467 atau yang dikenal sebagai “Act Penalizing the Use, Manufacture, Sale, Packaging, Importation, Distribution, and Advertisement of Electronic Nicotine and Non-Nicotine Delivery System and Heated Tobacco Products”.

“Undang-undang ini melarang penggunaan, pembuatan, penjualan, pembungkusan, import, distribusi, dan iklan produk pengiriman nikotin elektronik dan non-nikotin serta produk tembakau yang dipanaskan,” kata Dr Suhazeli.

Beliau berkata, pelanggaran undang-undang yang dilaksanakan Filipina itu akan membolehkan dikenakan hukuman denda dan/atau penjara bagi pelaku dan/atau pemilik perniagaan yang terlibat dalam kegiatan haram tersebut.

Dalam pada itu, vape adalah sah di Vietnam namun kerajaan hanya membenarkan cecair tanpa nikotin dijual, pada masa sama terdapat juga sekatan pada pengiklanan dan jualan produk terbabit.

Vape belum ada undang-undang jelas di Malaysia, tetapi terdapat sekatan iklan, jualan, dan penggunaan yang merujuk kepada Akta Kawalan Hasil Tembakau 2004. 

“Tetapi akta kawalan hasil tembakau tersebut tidak menyatakan secara jelas mengenai nikotin yang terdapat di dalam cecair vape,” katanya,

Beliau menjelaskan hanya nikotin yang terdapat di dalam daun tembakau secara semula jadi yang diambil kira dalam akta itu.

Katanya, akta mengawal penggunaan vape pernah dibentangkan pada tahun 2022 namun tidak diluluskan kerana Parlimen dibubarkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kerajaan baharu selepas PRU ke-15 masih belum membentangkan lagi akta tersebut tetapi secara luar biasa telah meluluskan pengecualian cecair dan gel nikotin dari jadual pertama Akta Racun 1952,” katanya yang sememangnya lantang dalam menyuarakan isu vape sebelum ini di Facebook. 

Bermula 1 April lalu, kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) di mana ia diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952 sekali gus mengetepikan keputusan Lembaga Racun sebelum ini.

Beliau juga dilaporkan akan membentangkan RUU baharu yang bakal mengawal selia semua produk merokok, termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.

Menteri Kesihatan itu, menyasarkan RUU baharu akan dibentangkan segera pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang dijangka bersidang pada Mei depan. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Dr Suhazeli Abdullah

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *