Terkini
Doktor kontrak mogok : “Mereka di atas sana masih lagi sombong dan angkuh,” – Pengamal perubatan
Kerajaan menjadikan pekerjaan dalam bidang kedoktoran sebagai satu profesion yang paling rendah saat ini.
- Pekerjaan dalam bidang kedoktoran menjadi satu profesion yang paling rendah buat masa ini.
- Profesionalisme dalam perjawatan itu sudah tidak wujud lagi – Pengamal perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman.
- “Saya dan kawan-kawan doktor senior lain menyokong anda para doktor kontrak dalam MOGOK kali ini,” katanya.
- Rakyat selaku pesakit juga digesa tampil ramai-ramai untuk mengadukan aduan kepada pihak pemerintah dan KKM berhubung isu ini.
KUALA LUMPUR – Kerajaan menjadikan pekerjaan dalam bidang kedoktoran sebagai satu profesion yang paling rendah saat ini.
Kebanyakan doktor juga diletakkan seperti pekerja buruh yang kerajaan boleh sesuka hati mengarah mengikut kemahuan mereka.
Pengamal perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata profesionalisme dalam perjawatan itu sudah tidak wujud lagi.
“Saya dan kawan-kawan doktor senior lain menyokong anda para doktor kontrak dalam MOGOK kali ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurutnya, pengamal-pengamal perubatan tersebut akan bercuti daripada melaksanakan tugas mereka selama tiga hari.
“Bagaimana keadaan di hospital dan klinik-klinik tanpa doktor kontrak yang mereka di atas sana anggap sebagai “kuli” sahaja.
“Semoga rakyat selaku pesakit tampil ramai-ramai untuk mengadukan aduan kepada pihak pemerintah dan KKM itu sendiri,” katanya.
Di samping itu, beliau turut menasihati doktor-doktor kontrak agar tidak terus mengalah.
“Mereka di atas sana masih lagi sombong dan angkuh. Sistem kesihatan sepatutnya diletakkan sebagai nombor satu dalam kepentingan sesebuah negara,” katanya.
Kumpulan dikenali Mogok Doktor Malaysia sebelum ini berkata lebih 8,000 doktor kontrak akan melakukan mogok antara 3 hingga 5 April ini.
Mereka difahamkan mengambil cuti perubatan/kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah dalam sektor penjagaan kesihatan awam. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Dr. Arisman, MD.