Antarabangsa
Presiden Congo mahu Presiden Perancis hormati Afrika
Ketegangan berlaku di antara Presiden Republik Demokratik Congo, Felix Tshisekedi dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika sidang media bersama yang diadakan di Kinshasa, Congo, awal bulan ini.
- Presiden Republik Demokratik Congo, Felix Tshisekedi mahu Perancis dan Barat berhenti bersikap angkuh terhadap Afrika.
- “Pandang kami secara berbeza dengan menghormati kami, dengan menganggap kami sebagai rakan kongsi sejati dan bukan selalu dengan pandangan paternalistik dengan idea untuk sentiasa mengetahui apa yang perlu untuk kami”. – Presiden Republik Demokratik Congo, Felix Tshisekedi
- Dia berkata demikian dalam sesi sidang media bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang diadakan di Kinshasa, Congo, awal bulan ini.
Ketegangan berlaku di antara Presiden Republik Demokratik Congo, Felix Tshisekedi dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika sidang media bersama yang diadakan di Kinshasa, Congo, awal bulan ini.
Memetik laporan TRT World, Felix berpendapat Perancis dan Barat harus meninggalkan sikap angkuh mereka terhadap Afrika.
“Pandang kami secara berbeza dengan menghormati kami, dengan menganggap kami sebagai rakan kongsi sejati dan bukan selalu dengan pandangan paternalistik dengan idea untuk sentiasa mengetahui apa yang perlu untuk kami,” kata Felix menunding jarinya ke arah Emmanuel.
“Francafrique sudah tidak wujud. Kita mesti mewujudkan dasar persamaan,” kata Presiden Congo itu.
Istilah Francafrique digunakan oleh intelektual Perancis merujuk kepada hubungan sejarah antara Perancis dan bekas jajahannya di sub-Sahara Afrika.
Felix juga menggesa hubungan yang saksama antara kedua-dua negara dan mendorong Perancis untuk mengenakan sekatan ke atas Rwanda kerana konflik keganasan berterusan di kawasan Goma di negara itu.
Ini berlaku berikutan perubahan dasar Emmanuel untuk Afrika yang menimbulkan pelbagai reaksi.
Lawatan ke Gabon, Angola, Republik Congo dan Republik Demokratik Congo diatur selanjutnya untuk rundingan dan perbincangan mengenai dasar baharu itu.
Strategi baharu Macron akan menamatkan menjadi tuan rumah pangkalan tentera tetap di Afrika, sebaliknya menubuhkan ‘akademi’ untuk dikendalikan bersama oleh Perancis dan negara tuan rumah.
Sumber: TRT World