Terkini
KPK tingkat promosi produk getah, bantu atasi isu harga lantai
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) sentiasa aktif dalam merangka dan melaksanakan aktiviti promosi bagi meningkatkan eksport produk getah bernilai tinggi seperti sarung tangan getah, tayar dan tilam lateks.
- Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Siti Aminah Aching, berkata produk itu dipromosikan melalui aktiviti promosi di luar negara seperti pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan padanan perniagaan, seminar pendidikan serta pengiklanan.
- “Aktiviti promosi ini bukan sahaja merangkum\i pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan Eropah, malah membabitkan negara berpopulasi tinggi dan berpotensi besar seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Mexico, Brazil, Russia, Afrika Selatan, Colombia, Poland, Filipina, Pakistan serta Turkiye,” katanya.
- Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai langkah yang diambil kementerian dalam mengurus isu harga lantai getah yang membebankan pekebun getah pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) sentiasa aktif dalam merangka dan melaksanakan aktiviti promosi bagi meningkatkan eksport produk getah bernilai tinggi seperti sarung tangan getah, tayar dan tilam lateks.
Timbalan Menterinya, Datuk Siti Aminah Aching, berkata produk itu dipromosikan melalui aktiviti promosi di luar negara seperti pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan padanan perniagaan, seminar pendidikan serta pengiklanan.
“Aktiviti promosi ini bukan sahaja merangkumi pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan Eropah, malah membabitkan negara berpopulasi tinggi dan berpotensi besar seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Mexico, Brazil, Russia, Afrika Selatan, Colombia, Poland, Filipina, Pakistan serta Turkiye,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai langkah yang diambil kementerian dalam mengurus isu harga lantai getah yang membebankan pekebun getah pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Siti Aminah berkata, inisiatif dan promosi dilaksanakan itu meningkatkan permintaan getah asli tempatan dan mendorong peningkatan harga lantai getah.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim mengenai usaha kerajaan bagi meningkatkan pembabitan anak muda dalam industri getah, Siti Aminah berkata, KPK sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan ilmu golongan belia dalam pengurusan ladang.
Sumber: Berita Harian