Connect with us

Terkini

Boikot produk berkait Israel: Hak pengguna – Fuziah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna, kata Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna, kata Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh.
  • Menyentuh mengenai tindakan pengguna boikot produk berkait Israel, beliau berkata kerajaan tidak boleh menghalang kerana ia merupakan hak mereka.
  • “Sebagai kerajaan pendirian kita adalah menyokong Palestin, itu pendirian kita. Tetapi sama ada interpretasi itu nak menyokong, boikot atau tidak, itu terserah kepada individu atau pengguna,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna, kata Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh.

Menyentuh mengenai tindakan pengguna memboikot produk berkait Israel, beliau berkata kerajaan tidak boleh menghalang kerana ia merupakan hak mereka.

“Sebagai kerajaan pendirian kita adalah menyokong Palestin, itu pendirian kita. Tetapi sama ada interpretasi itu nak menyokong, boikot atau tidak, itu terserah kepada individu atau pengguna,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata semua jenama asing di Malaysia adalah milik syarikat tempatan melalui konsep francaisi induk yang tertakluk pada Akta Francais 1998.

“Contoh seperti McDonald yang merupakan milik Gerbang Alaf Sdn Bhd dan Starbuck milik Berjaya Group. Syarikat Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd mempunyai lebih 300 outlet dan jumlah pekerja tempatan lebih 25,000 orang.

“Jenama antarabangsa ini mereka bayar royalti. Akan tetapi pengguna yang membuat keputusan,” katanya sebelum Rang Undang-undang Perbekalan 2024 kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat dengan lebih suara bersetuju.

Persidangan bersambung hari ini. — BERNAMA

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending