Connect with us

Terkini

Majlis Ulama Indonesia gesa umat Islam boikot produk berkaitan Israel

Majlis Ulama Indonesia dalam fatwa terbaharunya menggesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Ulama Indonesia gesa umat Islam boikot produk berkaitan Israel
Foto: Pengerusi Majlis Ulama Indonesia Bidang Fatwa, Asrorun Niam Sholeh.
  • Majlis Ulama Indonesia dalam fatwa terbaharunya gesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk berkaitan dengan Israel.
  • Pengerusi bahagian fatwanya Asrorun Niam Sholeh dalam satu kenyataan berkata menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap ‘haram’ (dilarang/haram).
  • Beliau gesa kerajaan ambil langkah tegas untuk bantu perjuangan Palestin melalui usaha diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekan Israel untuk hentikan pencerobohan dan kenakan sekatan.
  • Fatwa itu mencadangkan umat Islam sokong perjuangan Palestin melalui pengumpulan dana kemanusiaan, menyatakan solidariti, berdoa untuk kemenangan dan tunaikan solat jenazah ghaib untuk umat Islam yang terkorban di Palestin.

Jakarta, 12 Nov (Bernama) – Majlis Ulama Indonesia dalam fatwa terbaharunya menggesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel.

Pengerusi bahagian fatwanya Asrorun Niam Sholeh dalam satu kenyataan berkata menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap ‘haram’ (dilarang/haram).

Beliau juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah tegas untuk membantu perjuangan Palestin melalui usaha diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekan Israel untuk menghentikan pencerobohan dan mengenakan sekatan.

Fatwa itu mencadangkan umat Islam menyokong perjuangan Palestin melalui pengumpulan dana kemanusiaan, menyatakan solidariti, berdoa untuk kemenangan dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk umat Islam yang terkorban di Palestin.

Sementara itu, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia menggesa Presiden Joko Widodo untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Rumah Putih pada 13 November.

Permintaan itu disampaikan melalui satu surat terbuka pada Ahad yang menekankan keadaan genting, mengutuk serangan Israel yang menyebabkan kematian orang awam dalam serangan selama 36 hari di Gaza – dan keadaan di Hospital Indonesia semakin kritikal selepas menjadi sasaran serangan.

Pengerusinya Dr. Sarbini Abdul Murad menulis: “Pada masa ini, tiga sukarelawan MER-C Indonesia berada di Hospital Indonesia di Gaza untuk menyampaikan bantuan yang diamanahkan oleh rakyat Indonesia kepada penduduk di kawasan ini.”

Advertisement

Beliau berkata hospital itu bergelut untuk beroperasi dalam keadaan gelap dan kekurangan ubat-ubatan kerana ia satu-satunya tempat bagi penduduk di kawasan itu untuk mendapatkan perlindungan dan rawatan.

Pada Sabtu, Hospital Shifa dan Hospital Indonesia terputus bekalan elektrik apabila generator tidak berfungsi disebabkan kehabisan bahan api manakala generator di Hospital Al Quds tidak dapat dibaiki.

Dalam perkembangan lain, ribuan penduduk dari Jawa Barat mengambil bahagian dalam perhimpunan ‘Bekasi Bersama Palestin’, menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin, berikutan perhimpunan serupa di Jakarta minggu lalu.

Mereka membawa sepanduk, menaikkan bendera Palestin dan mendengar ucapan daripada pelbagai pemimpin agama di bandar Bekasi yang menyokong pembebasan Palestin.

Sumber: BERNAMA

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending