Terkini
Produk minuman bertemakan “Buddha” ditarik balik, diturunkan dari rak jualan
Produk siri minuman bertemakan “Buddha” dilancarkan syarikat rangkaian China, Heytea diturunkan dari rak jualan kerana melanggar Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di negara kuasa besar itu.
- Produk siri minuman bertemakan “Buddha” dilancarkan syarikat rangkaian China, Heytea diturunkan dari rak jualan kerana melanggar Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di negara kuasa besar itu.
- Laporan berkata pembungkusan siri minuman itu dikritik kerana mengandungi unsur keagamaan.
- Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di China jelas menetapkan bahawa promosi komersial atas nama agama adalah dilarang.
KUALA LUMPUR – Produk siri minuman bertemakan “Buddha” dilancarkan syarikat rangkaian China, Heytea diturunkan dari rak jualan kerana melanggar Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di negara kuasa besar itu.
Sin Chew Daily melaporkan Heytea melancarkan produk minuman terbaru itu menggunakan tema pembungkusan “Buddha” pada akhir bulan lalu.
Laporan media berkata pembungkusan siri minuman itu dikritik kerana mengandungi unsur keagamaan.
Difahamkan, kakitangan Biro Hal Ehwal Etnik dan Agama Perbandaran Shenzhen bertemu dengan Syarikat Heytea pada 1 Disember lalu dan syarikat itu menarik balik jualan produk berkenaan pada 3 Disember lalu.
Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di China jelas menetapkan bahawa promosi komersial atas nama agama adalah dilarang.
“Kini, siri minuman Heytea “Buddha” itu telah diturunkan. Kami akan mengambil kira kitaran bahan mentah dan penilaian minuman untuk mengatur pelancaran dan penurunan minuman.
“Setiap kali kami membuat penurunan adalah untuk kedatangan semula yang lebih baik,” kata pegawai perkhidmatan pelanggannya. – The Merdeka Times
Sumber: Sin Chew Daily
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times