Terkini
Majlis Ulama Indonesia gesa sijil halal produk berkaitan Israel ditarik semula
Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendesak supaya sijil halal pada produk yang menyumbang kepada Israel perlu ditarik semula.

- Majlis Ulama Indonesia (MUI) desak sijil halal pada produk yang menyumbang kepada Israel perlu ditarik semula.
- Jurucakap MUI, Ikhsan Abdullah berkata, pihaknya sudah mendapatkan senarai produk disyaki mempunyai kaitan dengan Israel dan akan segera menyemaknya.
- “Jika sudah dipastikan dan memang sahih berkaitan, kita desak supaya pihak berkuasa kerajaan menarik balik sijil halal produk tersebut.
- “Langkah itu bertepatan dengan Fatwa MUI Nombor 83 Tahun 2023 mengenai Fatwa Haram Produk Menyokong Israel,” katanya kepada CNN Indonesia.
- Tegas Ikhsan, kerajaan tidak boleh teragak-agak dalam hal tersebut (tarik semula sijil halal) kerana keputusan itu penting dalam membela nasib rakyat Palestin.
JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendesak supaya sijil halal pada produk yang menyumbang kepada Israel perlu ditarik semula.
Jurucakap MUI, Ikhsan Abdullah berkata, pihaknya sudah mendapatkan senarai produk yang disyaki mempunyai kaitan dengan Israel dan akan segera menyemaknya.
“Kita akan menyemak adakah 50 produk halal berkenaan mempunyai kaitan dengan Israel seperti menyumbang dana kepada negara haram itu.
“Jika sudah dipastikan dan memang sahih berkaitan, kita desak supaya pihak berkuasa kerajaan menarik balik sijil halal produk tersebut.
“Langkah itu bertepatan dengan Fatwa MUI Nombor 83 Tahun 2023 mengenai Fatwa Haram Produk Menyokong Israel,” katanya kepada CNN Indonesia.
Fatwa itu berbunyi ‘mendukung kekejaman Israel terhadap Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak hukumnya haram’.
Tegas Ikhsan, kerajaan tidak boleh teragak-agak dalam hal tersebut (tarik semula sijil halal) kerana keputusan itu penting dalam membela nasib rakyat Palestin.
Jelasnya, langkah tersebut merupakan satu daripada cara untuk memastikan mana-mana produk berkaitan Israel tidak boleh masuk ke negara ini.
“Dengan cara itu, kita harap dapat melumpuhkan sektor perdagangan zionis.
“Jika produk itu sudah ditarik balik status halalnya, pasti tidak laku di negara ini,” ujarnya.
Ikhsan memberitahu, satu daripada syarat sesuatu produk untuk masuk ke Indonesia adalah mempunyai sijil halal.
Jelasnya, penarikan balik status halal bukannya menyebabkan produk itu haram, namun hanya bertujuan menjadikannya tidak boleh dijual di Indonesia.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS