Antarabangsa
Olahraga Dunia larang ‘transgender’ bersaing dalam acara wanita
Wanita transgender tidak lagi dibenarkan bersaing dalam acara trek dan padang tanpa mengira tahap ‘testosterone’ mereka, kata Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe hari ini sambil menyatakan keputusan itu lebih adil.

- Wanita transgender tidak lagi dibenarkan bersaing dalam acara trek dan padang tanpa mengira tahap ‘testosterone’ mereka, kata Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe hari ini sambil menyatakan keputusan itu lebih adil.
- Coe berkata tiada atlet transgender yang melalui akil baligh selaku lelaki dibenarkan bersaing dalam kejohanan ranking dunia wanita bermula 31 Mac.
- Keputusan itu diambil selepas berbincang dengan badan induk dan pemegang taruh termasuk 40 persekutuan kebangsaan, Jawatankuasa Olimpik dan kumpulan trans membabitkan atlet transgender.
- “Kumpulan kerja yang diketuai transgender akan dibentuk bagi memantau dengan lebih lanjut pembangunan secara saintifik.”
PARIS: Wanita transgender tidak lagi dibenarkan bersaing dalam acara trek dan padang tanpa mengira tahap ‘testosterone’ mereka, kata Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe hari ini sambil menyatakan keputusan itu lebih adil.
Coe berkata tiada atlet transgender yang melalui akil baligh selaku lelaki dibenarkan bersaing dalam kejohanan ranking dunia wanita bermula 31 Mac.
Bercakap selepas mesyuarat badan induk itu, Coe berkata Olahraga Dunia sudah berbincang dengan pemegang taruh termasuk 40 persekutuan kebangsaan, Jawatankuasa Olimpik dan kumpulan trans membabitkan atlet transgender.
“Majoriti daripada mereka menyatakan bahawa atlet transgender tidak sepatutnya bersaing dalam kategori wanita,” katanya.
“Ramai percaya bahawa kurangnya bukti kukuh bahawa wanita trans tiada kelebihan berbanding wanita secara biologi dan mahukan lebih bukti bahawa sebarang kelebihan fizikal sudah telah diperbaiki sebelum mereka bersedia untuk mempertimbangkan pilihan dimasukkan ke dalam kategori wanita.”
Tambahnya: “Keputusan yang kami ambil… adalah, saya percaya, terbaik untuk sukan kita ini.
Katanya kumpulan kerja yang diketuai transgender akan dibentuk bagi memantau dengan lebih lanjut pembangunan secara saintifik.
“Kami tidak berkata ‘tidak’ selamanya,” kata Coe.
Olahraga Dunia mengikut jejak langkah FINA yang juga badan induk renang dunia, menyekat perenang transgender yang asalnya lelaki bersaing dalam perlumbaan elit wanita.
Ragbi Dunia pada 2020, menjadi persekutuan sukan pertama menetapkan bahawa transgender ‘lelaki kepada wanita’ tidak boleh bersaing pada tahap elit dan antarabangsa dalam acara wanita. – AFP
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login