Connect with us

Terkini

KPM perincikan syor jawatankuasa anti gangguan seksual dan buli

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata selepas diperincikan, saranan syor jawatankuasa anti gangguan seksual dan buli akan dimaklumkan.

Wartawan TMT

Published

on

KPM perincikan syor jawantankuasa anti gangguan seksual dan buli
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • KPM sedang memperincikan syor oleh  Jawatankuasa Anti Gangguan Seksual dan Anti Buli bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani isu gangguan seksual serta buli dalam kalangan pelajar sekolah.
  • “Saya yakin kita menuju kepada ekosistem selamat dan syor ini dapat memudahkan akses untuk anak-anak mendapatkan bantuan dalam konteks melindungi diri mereka berkaitan isu buli dan gangguan seksual.” – Menteri Pendidikan,  Fadhlina Sidek 
  • “Selain itu, syor tersebut juga dapat menguatkan lagi dasar khususnya polisi perlindungan kanak-kanak yang lebih baik sekali gus memastikan keselamatan mereka di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek rintis Program 3S (Safer Mind, Safer School, Safer Future) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan di sini hari ini.

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan syor oleh  Jawatankuasa Anti Gangguan Seksual dan Anti Buli bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani isu gangguan seksual serta buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata beliau yakin saranan dan cadangan yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mampu meningkatkan keselamatan ekosistem sekolah.

“Saya yakin kita menuju kepada ekosistem selamat dan syor ini dapat memudahkan akses untuk anak-anak mendapatkan bantuan dalam konteks melindungi diri mereka berkaitan isu buli dan gangguan seksual.

“Selain itu, syor tersebut juga dapat menguatkan lagi dasar khususnya polisi perlindungan kanak-kanak yang lebih baik sekali gus memastikan keselamatan mereka di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek rintis Program 3S (Safer Mind, Safer School, Safer Future) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan di sini hari ini.

Katanya selepas diperincikan, saranan syor berkenaan akan dimaklumkan supaya dapat sama-sama didukung demi memastikan sekolah anak-anak lebih selamat. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending