Connect with us

Terkini

Buli “tekap seterika”: Pegawai kadet ALK mungkin ditamatkan pengajian – Khaled

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin
  • Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) yang terbabit dalam kes buli seorang pelajar junior ditekap seterika, mungkin ditamatkan pengajiannya.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata nasib penuntut ALK, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu akan ditentukan pihak Lembaga Siasatan, hari ini.
  • Katanya, sekiranya didapati bersalah, tertuduh juga perlu membayar kembali wang pengajiannya.
  • “Kita sudah selesaikan siasatan dan sudah tentu hasil siasatannya sama dengan siasatan polis, hanya daripada segi hukuman akan ditentukan (Lembaga Siasatan) hari ini, terhadap penuntut itu,” kata Khaled dipetik media tempatan pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
  • The Merdeka Times (TMT) dalam laporan eksklusif pada 30 Oktober lalu, dengan memetik sumber, mendedahkan kes terbaru seorang pegawai kadet tahun dua di ALK UPNM disyaki dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.
  • TMT yang turut melihat foto mangsa terus menerbitkan berita itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku sepertimana kes pada 2017 yang menyaksikan seorang kadet laut UPNM dibuli, dipukul dan ditekap seterika wap berulang-ulang kali pada seluruh badannya hingga mati.
  • Tertuduh, Amirul Iskandar Norhanizan, 22, pada 8 November lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mencederakan mangsa.

KUALA LUMPUR – Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) yang terbabit dalam kes buli seorang pelajar junior ditekap seterika, mungkin ditamatkan pengajiannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata nasib penuntut ALK, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu akan ditentukan pihak Lembaga Siasatan, hari ini.

Katanya, sekiranya didapati bersalah, tertuduh juga perlu membayar kembali wang pengajiannya.

“Kita sudah selesaikan siasatan dan sudah tentu hasil siasatannya sama dengan siasatan polis, hanya daripada segi hukuman akan ditentukan (Lembaga Siasatan) hari ini, terhadap penuntut itu.

“Kita (Kementerian Pertahanan) tidak akan berkompromi soal disiplin ini. Soal ‘ragging’ semasa orientasi itu bukan perkara baru, di mana-mana institusi pun ada, tapi tak pernah membabitkan soal kekerasan.

“Tindakan tegas akan diambil termasuk diberhentikan jadi kadet dan kita akan menuntut dibayar balik tanggungan pengajian yang sudah diberikan sepanjang masa pengajiannya,” kata Khaled dipetik media tempatan pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

The Merdeka Times (TMT) dalam laporan eksklusif pada 30 Oktober lalu, dengan memetik sumber, mendedahkan kes terbaru seorang pegawai kadet tahun dua di ALK UPNM disyaki dibuli dan didera seorang seniornya dengan menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

TMT yang turut melihat foto mangsa terus menerbitkan berita itu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku sepertimana kes pada 2017 yang menyaksikan seorang kadet laut UPNM dibuli, dipukul dan ditekap seterika wap berulang-ulang kali pada seluruh badannya hingga mati.

Liputan TMT itu tular di media sosial dan mendapat perhatian segera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengeluarkan kenyataan media pada hari sama bahawa siasatan sedang dilakukan dan tindakan akan diambil ke atas pelaku, jika terbukti, tanpa sebarang kompromi.

Semalam, suspek utama kes itu dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk dirakam percakapan yang mengambil masa kira-kira lima jam.

Media sebelum ini melaporkan seorang pegawai kadet ALK cedera selepas mendakwa ditekap seterika oleh pelajar seniornya selepas diminta menggosok baju miliknya.

Tertuduh, Amirul Iskandar Norhanizan, 22, pada 8 November lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mencederakan mangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *