Connect with us

Terkini

Boleh berkarya tapi jangan sentuh isu 3R – Fahmi Fadzil

Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu bangsa (race), agama (relgion) dan Raja (royalty).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Boleh berkarya tapi jangan sentuh isu 3R - Fahmi Fadzil
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
  • Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu bangsa (race), agama (relgion) dan Raja (royalty).
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata walaupun begitu, pihaknya dengan kerjasama penyedia platform media sosial terus melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan yang menyentuh 3R tidak tersebar.
  • Katanya, sekiranya berlaku kacau ganggu dalam khalayak ramai atau sebar ajaran sesat, ekstremisme militan dan keganasan, kerajaan akan ambil tindakan tegas.
  • “Di Malaysia, kita tidak menghalang orang untuk berkarya, berekspresi atau bersuara, tetapi kita ada undang-undang, adab serta budaya. Penting untuk kita ingat walaupun kita ada hak untuk bersuara, kita tidak ada hak untuk menyebar fitnah dan maklumat palsu,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu bangsa (race), agama (relgion) dan Raja (royalty).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata walaupun begitu, pihaknya dengan kerjasama penyedia platform media sosial terus melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan yang menyentuh 3R tidak tersebar.

“Dalam bab keselamatan awam, sekiranya berlaku kacau ganggu dalam khalayak ramai atau ada masalah sebaran ajaran sesat, ekstremisme militan dan keganasan, memang kerajaan akan ambil tindakan yang pantas.

“Di Malaysia, kita tidak menghalang orang untuk berkarya, berekspresi atau bersuara, tetapi kita ada undang-undang, adab serta budaya. Penting untuk kita ingat walaupun kita ada hak untuk bersuara, kita tidak ada hak untuk menyebar fitnah dan maklumat palsu,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, pihaknya terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (SKMM) tidak selalunya meminta penyedia platform media sosial untuk menurunkan sesuatu kandungan, kecuali jika ia mendapat aduan orang ramai atau dikesan menyentuh mengenai 3R.

“Hampir 95 peratus daripada kandungan, jika diturunkan adalah disebabkan pembuat kandungan itu melanggar panduan komuniti (ditetapkan penyedia platform). Malah, jika berlaku berulang kali, platform itu sendiri akan menutup akaun terbabit,” katanya. 

Sumber: Berita Harian

Author