Connect with us

Terkini

KKD arah penganjur wujudkan ‘kill switch’ untuk konsert artis luar negara

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah meminta penganjur konsert bagi artis luar negara untuk mewujudkan Kill Switch bagi mengelakkan insiden yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 pada Good Vibes Festival 2023 berulang. 

Wartawan TMT

Published

on

KKD arah penganjur wujudkan ‘kill switch’ untuk konsert artis luar negara
Foto: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching.
  • Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert bagi artis luar negara mewujudkan Kill Switch bagi mengelakkan insiden dilakukan kumpulan The 1975 pada Good Vibes Festival 2023 berulang. 
  • Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata Kill Switch itu untuk menghentikan konsert berkenaan atau memutuskan bekalan elektrik supaya persembahan itu tidak dapat dijalankan.
  • “Perkara ini ialah garis panduan daripada insiden itu (The 1975) dan kami (KKD) berharap dengan garis panduan yang lebih ketat, kita dapat memastikan bahawa persembahan yang dilakukan oleh artis luar negara dapat mengikut budaya di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat semalam. 

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah meminta penganjur konsert bagi artis luar negara untuk mewujudkan Kill Switch bagi mengelakkan insiden yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 pada Good Vibes Festival 2023 berulang. 

Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata Kill Switch itu untuk menghentikan konsert berkenaan atau memutuskan bekalan elektrik supaya persembahan itu tidak dapat dijalankan.

“Perkara ini ialah garis panduan daripada insiden itu (The 1975) dan kami (KKD) berharap dengan garis panduan yang lebih ketat, kita dapat memastikan bahawa persembahan yang dilakukan oleh artis luar negara dapat mengikut budaya di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menambah baik tapisan dan penyenaraian hitam kepada kumpulan The 1975 yang melakukan aksi tidak senonoh kepada generasi muda dan tindakan kerajaan terhadap kumpulan terbabit selepas terus mengecam Malaysia ketika membuat konsert di luar negara.

Sementara itu, Teo berkata Polis Diraja Malaysia sentiasa membantu pihaknya dalam semakan latar belakang artis luar negara supaya dapat memastikan mereka tidak mempromosikan unsur-unsur negatif di Malaysia.

“Selain itu, semasa penganjuran konsert berkenaan, Puspal (Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara) akan memastikan jawatankuasa Puspal akan diletakkan di lokasi (konsert) bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk memantau konsert itu,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, media melaporkan persembahan The 1975 pada Good Vibes Festival 2023 di Sepang dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat. 

Advertisement

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending