Connect with us

Terkini

Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya pada Selasa.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
  • “Didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
  • “Bagaimanapun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan kepada semua si mati,” katanya dalam kenyataan di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM — Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau berkata proses bedah siasat telah dijalankan semalam namun pihaknya masih menunggu hasil siasatan makmal.

“Didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan kepada semua si mati,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di talian 03-78627222. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *