Connect with us

Terkini

Isu konsert menjelang Ramadan: Mufti Pulau Pinang tidak perlu mohon maaf – Firdaus Wong

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tidak perlu memohon maaf kepada mana-mana pihak di atas teguran dan nasihatnya berhubung isu penganjuran konsert menjelang Ramadan, baru-baru ini.

Hidayah Sani

Published

on

Isu konsert menjelang Ramadan: Mufti Pulau Pinang tidak perlu mohon maaf – Firdaus Wong
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kiri) & Penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza (dua dari kiri) & Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (dua dari kanan) & Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi (kanan).
  • “SS Mufti Pulau Pinang hanya menegur dan memberi pandangan beliau sebagai agamawan. Tiada keperluan untuk beliau meminta maaf kepada sesiapa di atas teguran dan nasihatnya,” kata Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Semalam, media tempatan melaporkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor memohon maaf kepada penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana membuat teguran secara secara terbuka berhubung konsert yang bakal diadakan menghampiri bulan Ramadan. 
  • “Melihatkan poster berikut, teringat kita pada sabda Rasulullah yang berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa, mereka yang berpegang teguh dengan agama ini berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api.
  • “Sabda Rasulullah: “Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim),”  kata Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi di Facebooknya.

KUALA LUMPUR — Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tidak perlu memohon maaf kepada mana-mana pihak di atas teguran dan nasihatnya berhubung isu penganjuran konsert menjelang Ramadan, baru-baru ini.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata mufti hanya menegur dan memberi pandangan beliau dalam isu berkenaan sebagai agamawan.

Semalam, media tempatan melaporkan Wan Salim memohon maaf kepada penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana membuat teguran secara secara terbuka berhubung konsert yang bakal diadakan menghampiri bulan Ramadan. 

“SS Mufti Pulau Pinang hanya menegur dan memberi pandangan beliau sebagai agamawan. Tiada keperluan untuk beliau meminta maaf kepada sesiapa di atas teguran dan nasihatnya.

“Semua pihak perlu bermuhasabah…,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas isu sama, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, kerosakan dalam urusan agama banyak berlaku hari ini di mana sebahagian Muslim melihat tidak mengapa dengan hiburan melalaikan, norma-norma LGBT dan pemikiran liberal menyesatkan.

Sebaliknya, mereka yang berpegang erat pada panji al-Quran dan sunnah pula dilihat tidak kena.

“Melihatkan poster berikut, teringat kita pada sabda Rasulullah yang berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa, mereka yang berpegang teguh dengan agama ini berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api. 

“Sabda Rasulullah: “Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)

“Bahkan di dalam hadis yang sahih, Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh. 

“Sabda Rasulullah: “Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim),” kata Dr Ahmad Sanusi menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik poster dikeluarkan The Reporter yang menyatakan ‘‘Menyedari kekerdilan diri, saya memohon maaf’ – Mufti Pulau Pinang mohon maaf kepada Siti Nurhaliza kerana buat teguran secara terbuka”.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Sanusi berkata al-Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis di atas dengan beliau menggambarkan mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannya dahulu. 

Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa serta dilihat kolot atau ekstremis. 

“Dalam lafaz al-Imam al-Tabrani, para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut? Lalu Rasulullah menjawab: (Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (penambahbaikan) ketika mana rosaknya manusia,” katanya.

Wan Salim semalam juga dilaporkan berkata beliau tidak sama sekali mempertikaikan mengenai niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert ‘Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’, namun beliau hanya fokus berkaitan tarikh konsert yang terlalu hampir dengan Ramadan.

Beliau berkata baginya mengadakan konsert pada hari menghampiri Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Wan Salim mengemukakan saranan supaya Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac ini, ia sebagai menghormati ketibaan bulan penuh kemuliaan Ramadan al-Mubarak yang dijangka disambut 12 Mac 2024.

Pada 18 Januari lalu, Siti Nurhaliza nekad meneruskan penganjuran konsert itu yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan. 

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti Nurhaliza iaitu Yayasan Nurjiwa, pihaknya menjelaskan tujuan utama konsert diadakan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung & Dr Ahmad Sanusi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending