Connect with us

Terkini

Surat aku janji lebih sesuai untuk pengendali umrah, jemaah – PAPUH

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menyifatkan yang surat aku janji di antara syarikat pengendali umrah dan jemaah, lebih sesuai untuk dilaksanakan berbanding perjanjian seperti dicadangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Surat aku janji lebih sesuai untuk pengendali umrah, jemaah – PAPUH
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menyifatkan surat aku janji di antara syarikat pengendali umrah dan jemaah, lebih sesuai untuk dilaksanakan berbanding perjanjian seperti dicadangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
  • Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata jika perjanjian dilaksana seperti cadangan MOTAC, pihaknya khuatir akan ambil masa lebih lama, untuk selesaikan urusan jemaah serta memakan kos tambahan.
  • “Sebelum ini aku janji itu memang sudah ada, ia akan diisi jemaah sebelum mereka ke menunaikan umrah. Bagaimanapun, ketika ini, perkara itu subjektif dan tertakluk kepada syarikat pengendali umrah, lain syarikat lain aku janjinya.”
  • “Sekiranya, kita sudah menempah hotel, kemudian apabila tiba di Makkah, pengurusan hotel membatalkan tempahan itu, kita tidak boleh melakukan apa-apa kerana perkara ini berada di luar kawalan,” katanya kepada BH.

Kuala Lumpur: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menyifatkan yang surat aku janji di antara syarikat pengendali umrah dan jemaah, lebih sesuai untuk dilaksanakan berbanding perjanjian seperti dicadangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata jika perjanjian dilaksana seperti cadangan MOTAC, pihaknya khuatir akan mengambil masa yang lebih lama, untuk menyelesaikan urusan jemaah serta memakan kos tambahan.

“Kita takut ia mengambil masa yang lama, jadi bagi kami aku janji itu lebih mudah. Aku janji ini cuma satu muka surat sahaja. Di dalamnya terkandung apa yang perlu dipatuhi oleh pihak syarikat dan jemaah.

“Sebelum ini aku janji itu memang sudah ada, ia akan diisi jemaah sebelum mereka ke menunaikan umrah. Bagaimanapun, ketika ini, perkara itu subjektif dan tertakluk kepada syarikat pengendali umrah, lain syarikat lain aku janjinya,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Razali berkata, selain itu, ada perkara yang berada di luar kawalan syarikat pengendali umrah.

“Sekiranya, kita sudah menempah hotel, kemudian apabila tiba di Makkah, pengurusan hotel membatalkan tempahan itu, kita tidak boleh melakukan apa-apa kerana perkara ini berada di luar kawalan.

“Sekiranya para jemaah ke luar negara, jika mereka mengambil insurans, apa-apa yang terjadi kepada mereka pihak insurans akan memberikan ganti rugi.

“Masalah yang dihadapi kini bukanlah agen yang menipu tetapi ada perkara di luar jangkaan berlaku seperti tiada hotel di Makkah dan Madinah. Jika perkara ini berlaku, kita tidak boleh melakukan apa-apa.

“Kita ada buat aduan kepada Menteri Haji Arab Saudi dan mereka kata akan memantau situasi dan keadaan ini. Buat masa sekarang untuk elakkan daripada terkandas, jemaah dinasihatkan menangguhkan dahulu perjalanan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu, berkata mereka yang sudah membuat tempahan hotel, membayar deposit dan menyelesaikan baki bayaran mengikut tempoh ditetapkan tetapi tempahan dibatalkan saat akhir oleh hotel tanpa sebab, boleh membuat aduan menerusi saluran yang kini disediakan pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan bersama Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi pada pelancaran platform NUSUK (nusuk.sa) di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.

“Dalam pertemuan itu perkara ini (isu masalah penginapan hotel) ditimbulkan dan pihak berkuasa Arab Saudi beritahu bahawa mereka sudah mewujudkan Tourist Care Hotline 930, untuk membantu jemaah jika masalah timbul.

“Jadi mana-mana syarikat ejen pelancongan yang tempah bilik dan sudah membuat bayaran, tapi hotel langgar perjanjian, boleh hubungi talian ini, jemaah pun boleh buat aduan,” katanya kepada BH hari ini.

Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing, ketika berucap di Parlimen semalam, berkata pihaknya bercadang mewajibkan setiap syarikat pengendali umrah, untuk menyediakan perjanjian dengan jemaah.

Kataya, perjanjian itu mencakupi terma dan syarat yang terpakai serta peruntukan mengenai ganti rugi.

“Perjanjian itu antara lain turut menyatakan terma dan syarat yang terpakai, jadual, pakej ditawarkan serta peruntukan mengenai ganti rugi sekiranya terdapat salah laku atau kemungkinan oleh syarikat pengendali umrah atau jemaah.

“Ia selaras dengan Peraturan 6(1A)(d) bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *