Connect with us

Terkini

Tujuh negeri kuat kuasa enakmen larang wakil rakyat ‘lompat’ parti – Azalina

Tujuh negeri, termasuk dua negeri pembangkang, sudah menguatkuasakan enakmen pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung larangan wakil rakyat bertukar parti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tujuh negeri kuat kuasa enakmen larang wakil rakyat 'lompat' parti - Azalina
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Negeri terbabit ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said
  • “Akta A1663 larang ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah diwartakan 6 September 2022 dan berkuat kuasa mulai 5 Oktober 2022.”
  • “Peruntukan Seksyen 6 Akta A1663 beri ruang pada kerajaan negeri atau DUN laksanakan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan negeri, tertakluk pada persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.”

KUALA LUMPUR: Tujuh negeri, termasuk dua negeri pembangkang, sudah menguatkuasakan enakmen pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung larangan wakil rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata negeri terbabit ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

Beliau berkata, Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti, menerusi pindaan Perlembagaan negeri.

“Akta A1663 yang melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah diwartakan pada 6 September 2022 dan berkuat kuasa mulai 5 Oktober 2022.

“Peruntukan Seksyen 6 Akta A1663 memberi ruang kepada kerajaan negeri atau DUN melaksanakan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti melalui pindaan Perlembagaan negeri, tertakluk kepada persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

“Hingga kini, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak adalah antara negeri yang telah menguatkuasakan Enakmen Negeri masing-masing berkaitan larangan bertukar parti pada peringkat DUN,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai usaha kerajaan untuk memastikan kesemua 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia, menggubal Enakmen Anti Lompat Parti di negeri masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Author