Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun

Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk tempoh tertentu berisiko kehilangan elaun sebaik Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
  • Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata kehadiran Ahli Parlimen jelas dinyatakan dalam undang-undang dan mereka yang tidak hadir selama enam bulan berturut-turut tanpa alasan sah mungkin kehilangan kerusi mereka.
  • Setakat ini tiada Ahli Parlimen kehilangan kerusi mereka atas sebab itu.
  • “Namun, saya telah berkali-kali memberi amaran bahawa ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk hadir ke Parlimen. Jadi, saya mencadangkan supaya ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk jangka masa tertentu akan kehilangan elaun mereka.
  • “Kami hanya menunggu PSA (Akta Perkhidmatan Parlimen) mengeluarkannya, yang mungkin telah mendapat kelulusan Kabinet. la mungkin dibentangkan pada penghujung persidangan Dewan Rakyat ketiga,” katanya dalam sidang media selepas melawat DUN Pulau Pinang pada Selasa.

GEORGE TOWN — Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk tempoh tertentu berisiko kehilangan elaun sebaik Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata kehadiran ahli Parlimen jelas dinyatakan dalam undang-undang dan mereka yang tidak hadir selama enam bulan berturut-turut tanpa alasan sah mungkin kehilangan kerusi mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini tiada ahli parlimen yang kehilangan kerusi mereka atas sebab berkenaan.

“Namun, saya telah berkali-kali memberi amaran bahawa ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk hadir ke Parlimen. Jadi, saya mencadangkan supaya ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk jangka masa tertentu akan kehilangan elaun mereka.

“Kami hanya menunggu PSA mengeluarkannya, yang mungkin telah mendapat kelulusan Kabinet. la mungkin dibentangkan pada penghujung persidangan Dewan Rakyat ketiga,” katanya dalam sidang media selepas melawat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini pada Selasa.

Turut hadir Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang.

Johari berkata sejak mengambil alih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau telah membawa banyak pembaharuan di parlimen dan akan terus berbuat demikian untuk menambah baik semak dan imbang dalam kerajaan.

Antaranya adalah memperkukuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) serta membenarkan pembentangan dan perbahasan mengenai laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai lawatannya semalam, beliau berkata ia merupakan salah satu usaha untuk membantu memperkukuh institusi ‘Speaker’ dan sebagai persiapan untuk Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024.

Program itu bakal berlangsung pada 11 hingga 14 September di Kuching, Sarawak. — BERNAMA

Author

Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending