Connect with us

Terkini

Bantuan kerajaan perlu disalurkan atas nama kerajaan – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram supaya sentiasa mematuhi etika dan peraturan semasa berkempen.

Wartawan TMT

Published

on

Bantuan kerajaan perlu disalurkan atas nama kerajaan - Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada program Kenduri Rakyat dan Menyampaikan Bantuan Bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia, Kempas.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram supaya sentiasa mematuhi etika dan peraturan semasa berkempen.
  • Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semua parti politik tidak boleh menggunakan lambang parti dalam memberi atau menyalurkan bantuan kepada rakyat.
  • “Kita hormat peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan keduanya, perkara berbangkit (iaitu) penyaluran bantuan kerajaan menggunakan lambang parti, ini telah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dahulu dan saya percaya ada juga satu dua berlaku dalam kerajaan perpaduan.”
  • “(Saya tegaskan) bantuan kerajaan perlu disalurkan atas nama kerajaan,” katanya ditemui selepas menghadiri Kenduri Rakyat dan Menyampaikan Bantuan Bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia, Kempas di sini.

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram supaya sentiasa mematuhi etika dan peraturan semasa berkempen.

Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan bahawa semua parti politik tidak boleh menggunakan lambang parti dalam memberi atau menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Berhubung dengan etika kempen dan juga bantuan-bantuan kerajaan, kita telah berbincang dengan Menteri Besar (agar tidak ada pelanggaran).

“Kita hormat peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan keduanya, perkara berbangkit (iaitu) penyaluran bantuan kerajaan menggunakan lambang parti, ini telah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dahulu dan saya percaya ada juga satu dua berlaku dalam kerajaan perpaduan.

“(Saya tegaskan) bantuan kerajaan perlu disalurkan atas nama kerajaan,” katanya ditemui selepas menghadiri Kenduri Rakyat dan Menyampaikan Bantuan Bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia, Kempas di sini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Salleh.

Pada majlis itu, Anwar menyempurnakan simbolik menyampaikan bantuan Bakul Rahmah kepada 10 penduduk Taman Dahlia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam ucapannya berkata, usaha bekas Menteri KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub memperkenalkan inisiatif Payung Rahmat nyata dapat membantu meringankan beban rakyat.

“Salahuddin sudah lama berpolitik, bila (dia) pegang jabatan (KPDN) tumpuan kerja yang  dilaksanakan dengan amanah, kurangkan tekanan kos sara hidup kepada rakyat.

“Semoga contoh ini dapat teruskan (sekali gus) menguatkan kerajaan dengan maksud beri khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya. 

SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada 23 Julai lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending