Connect with us

Terkini

Kenyataan Abdul Hadi berkenaan agama hanya pandangan peribadi – Peguam Kanan

Seorang peguam kanan berpandangan bukan mudah untuk menggantung kuasa Lembaga Pengampunan kerana urusan itu perlu melalui pelbagai proses berlandaskan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Wartawan TMT

Published

on

Kenyataan Abdul Hadi berkenaan agama hanya pandangan peribadi – Peguam Kanan
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Seorang peguam kanan berpandangan bukan mudah untuk menggantung kuasa Lembaga Pengampunan kerana urusan itu perlu melalui pelbagai proses berlandaskan Undang-Undang Tubuh Negeri.
  • Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata demikian dalam mengulas kenyataan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMANAH, Faiz Fadzil yang mencabar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggantung kuasa Lembaga Pengampunan Negeri ditadbir PAS, selepas Ahli Parlimen Marang itu mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada pesalah tidak selari apa yang diajarkan Islam. 
  • Selain itu, Shamsuddin berpandangan, kenyataan Abdul Hadi mungkin disalah tafsir sehingga dipolitikkan sewenang-wenangnya oleh orang politik, walhal apa yang dilontarkan hanya pandangan peribadi pemimpin PAS itu yang memetik apa diajar dalam Islam.
  • Faiz menerusi kenyataan di Facebook, mencabar Abdul Hadi untuk mengarahkan negeri ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, menggantung kuasa Lembaga Pengampunan Negeri.
  • Cabaran itu dibuat selepas Presiden PAS itu dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Markas PAS Kawasan Bakri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, berkata pihak yang berhak memberikan pengampunan kepada pesalah ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah, bukannya Lembaga Pengampunan.

KUALA LUMPUR: Seorang peguam kanan berpandangan bukan mudah untuk menggantung kuasa Lembaga Pengampunan kerana urusan itu perlu melalui pelbagai proses berlandaskan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata demikian dalam mengulas kenyataan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil yang mencabar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggantung kuasa Lembaga Pengampunan Negeri ditadbir PAS, selepas Ahli Parlimen Marang itu mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada pesalah tidak selari apa yang diajarkan Islam. 

Selain itu, Shamsuddin berpandangan, kenyataan Abdul Hadi mungkin disalah tafsir sehingga dipolitikkan sewenang-wenangnya oleh orang politik, walhal apa yang dilontarkan hanya pandangan peribadi pemimpin PAS itu yang memetik apa diajar dalam Islam.

“Kenyataan Abdul Hadi tidak ada apa. Ucapannya mungkin difahami dalam konteks lain. Pada saya ada dua konteks, pertamanya agama Islam dan keduanya politik.

“Mengenai hukum Islam, kita tak boleh berbalah kerana apa pun ideologi parti sekalipun, kalau hukum kata begitu, begitulah. Letak dalil, petikan ayat al-Quran, hadis dan sebagainya, kita tak boleh pertikai sebagai orang Islam.

“Yang kita boleh pertikai adalah konteks politik. Biasalah dalam politik kita menimbulkan beberapa isu. Kalau kita menimbulkan beberapa isu, bukan bererti kita nak mengubah Perlembagaan. Tidak. Mungkin itu pandangan peribadinya sendiri dan tidak melambangkan sesuatu langkah yang akan dibuat oleh partinya.

“Tidak semestinya selepas ini PAS akan bersetuju nak pinda Perlembagaan negeri. Contohnya, kalau di Terengganu yang mana Perikatan Nasional (PN) menang kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), apa juga pindaan berkait dengan raja di negeri itu, mestilah mendapat persetujuan raja terlebih dahulu. 

“Contohnya, Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang, apabila kita nak ubah sesuatu perkara yang berkaitan dengan raja, kerabat raja dan istana raja, tak boleh nak buat pindaan sewenang-wenangnya tanpa persetujuan raja sebab Undang-Undang Tubuh Negeri itu sudah termaktub perlu mendapat persetujuan raja,” katanya kepada BH hari ini.

Faiz menerusi kenyataan di Facebook, mencabar Abdul Hadi untuk mengarahkan negeri ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, menggantung kuasa Lembaga Pengampunan Negeri.

Cabaran itu dibuat selepas Presiden PAS itu dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Markas PAS Kawasan Bakri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, berkata pihak yang berhak memberikan pengampunan kepada pesalah ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah, bukannya Lembaga Pengampunan.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS mahu peruntukan undang-undang yang ada sekarang ditukar kepada peraturan Islam.

Faiz berkata, kenyataan Abdul Hadi bahawa Lembaga Pengampunan tidak Islamik dan parti seperti AMANAH, DAP dan UMNO menentang pindaan Perlembagaan Persekutuan supaya hak pengampunan orang bersalah dalam kes jenayah diberikan kepada keluarga mangsa, sebagai satu kenyataan jahat dan tidak berasas.

“Abdul Hadi sendiri tahu bahawa tiada sebarang usul untuk memansuh kuasa pengampunan oleh Lembaga Pengampunan di Parlimen dibentangkan, beliau sengaja membangkitkan isu ini untuk memfitnah parti pemerintah atas nama sentimen agama.

“Kenyataan Presiden PAS yang mempertikai kuasa Raja-Raja Melayu ini menunjukkan satu usaha PAS untuk merungkai Perlembagaan,” dakwa Faiz yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tindakan pembohong dan pencuri zionis tuntut Palestin adalah tindakan keluar agama Yahudi

Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

KUALA LUMPUR – Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berkata kumpulan zionis terbukti tidak menjaga ajaran agama Yahudi dan tidak layak dikaitkan dengan agama itu.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Mereka pembohong! semudah itu, mereka adalah pencuri, mereka adalah pembohong, negara Israel dicipta oleh orang-orang yang meninggalkan agama Yahudi, meninggalkan ketuhanan, meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhan, mereka secara terbuka tak menjaga (arahan agama), negara itu tak menjaga 10 Perintah (dalam agama Yahudi). 

“Saya selalu kongsi gambar masa mereka buat, masa mereka isytiharkan kemerdekaan kamu pun boleh nampak, orang Yahudi kena tutup kepala seperti saya, semua Yahudi lelaki perlu menutup kepala mereka.

“Kamu boleh lihat (mereka yang) duduk pada hari-hari bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, kamu lihat sini David Ben Gurion, ini gambar Herzl, hampir kesemua mereka tidak menutup kepala mereka.

“Ia satu sandiwara, ia adalah gurauan (bahawa) mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi, jadi secara mudahnya ia bukan negara Yahudi, ia satu negara nasionalis yang menggunakan agama sebagai topeng, untuk menyamar, untuk menakut-nakutkan orang supaya mereka tidak bersuara menentang mereka,” kata Yisroel kepada The Merdeka Times selepas Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Yisroel turut menjelaskan alasan zionis untuk menduduki tanah suci itu kerana adanya arahan 3,000 tahun dulu sebenarnya sudah berakhir 2,000 tahun dahulu atas ketetapan orang-orang Yahudi diusir atas kesilapan dan dosa mereka.

“Jadi mereka (zionis) menggunakan fakta yang tuhan berikan (arahan kepada) orang Yahudi 3,000 tahun dulu supaya memasuki tanah suci, tetapi mereka sama sekali mengabaikan fakta bahawa 2000 tahun yang lalu, kita dihantar ke pengasingan dan kita dilarang sebagai orang Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi.

“Dan pastinya (memasuki Palestin) bukan dengan membunuh dan mencuri, dan pastinya – orang Islam dan orang Arab yang bersahabat dengan Yahudi yang mengambil Yahudi masuk sehingga kami mampu hidup, jadi kami harus menunjukkan rasa syukur kepada mereka ini.

“Apa sahaja yang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali dengan agama Yahudi. Dan itulah sebabnya kamu boleh dapati bahawa orang Yahudi telah berdemonstrasi selama 76 tahun di jalan-jalan Baitulmaqdis, mereka dipukul dengan kejam, ditangkap dan dibunuh dan tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Yisroel.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rabbi itu menjelaskan posisi orang Yahudi yang tidak sepatutnya menubuhkan sebuah negara dengan memetik pelbagai rujukan dalam kitab Torah (Old Testament).

Beliau berkata pengusiran warga Yahudi di tanah suci itu berlaku 2,000 tahun dahulu bukan atas dasar tiada kelengkapan senjata atau Amerika tidak memberikan sumbangan mereka, tetapi ia adalah disebabkan dosa-dosa mereka sendiri.

Yisroel menegaskan Yahudi yang jujur kepada agamanya mengungkapkan dalam doa upacara mereka bahawa “oleh kerana dosa, maka kami dalam pengusiran” dan pengusiran itu menyebabkan orang Yahudi tidak dibenarkan kembali ke tanah suci itu secara besar-besaran sebagai bangsa yang menguasainya dan perkara itu merupakan sumpah perjanjian antara mereka dengan tuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending