Connect with us

Terkini

KPKM bincang dengan India terus eksport beras putih ke Malaysia

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai isu sekatan eksport beras putih.

Wartawan TMT

Published

on

KPKM bincang dengan India terus eksport beras putih ke Malaysia
Foto: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai isu sekatan eksport beras putih.
  • Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara inti pati dalam pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu adalah bagi mengemukakan permohonan kepada kerajaan India untuk meneruskan pengeksportan beras putih mereka ke negara ini.
  • “Di peringkat kementerian sekarang, kita sedang ‘berhubung’ kalau dapat tarikh, barulah kita dapat pergi ke sana sebab kita nak berbincang secara G2G. Kalau boleh dalam minggu ni dia beri tarikh pun, kita boleh pergi.
  • “Kita akan minta mereka meneruskan eksport beras putih ke Malaysia. Itu harapan kita sebab kalau mereka menyekat beras putih secara mengejut, ia akan membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia,” katanya selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di sebuah hotel, malam tadi.

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai isu sekatan eksport beras putih.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara inti pati dalam pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu adalah bagi mengemukakan permohonan kepada kerajaan India untuk meneruskan pengeksportan beras putih mereka ke negara ini.

“Di peringkat kementerian sekarang, kita sedang ‘berhubung’ kalau dapat tarikh, barulah kita dapat pergi ke sana sebab kita nak berbincang secara G2G. Kalau boleh dalam minggu ni dia beri tarikh pun, kita boleh pergi.

“Kita akan minta mereka meneruskan eksport beras putih ke Malaysia. Itu harapan kita sebab kalau mereka menyekat beras putih secara mengejut, ia akan membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di sebuah hotel, malam tadi.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perincian perbincangan beliau yang akan bertemu Menteri Pertanian India susulan isu sekatan eksport beras putih oleh negara itu.

Dalam pada itu, beliau berkata sekatan tersebut telah menyebabkan harga beras eksport di negara ini meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan kebanyakan pengguna beralih kepada beras tempatan hingga berlaku sedikit kekurangan di beberapa tempat.

Advertisement

“Tetapi kita atasi sekarang dengan tuaian yang berlaku di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang akan dikeluarkan dalam masa tidak sampai sebulan ini, beras akan berada di pasaran dan sekarang pun kita ada cuba untuk tampung mana-mana yang berlaku kekurangan,” katanya.

Pada Julai lepas, India dilaporkan melarang eksport beras putih bukan basmati untuk mengekang kenaikan harga beras dalam pasaran domestik susulan kekurangan bekalan disebabkan hujan lebat yang telah menjejaskan tanaman itu. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending