Connect with us

Terkini

Pinda segera undang-undang, keputusan Mahkamah Persekutuan beri impak kepada kuasa negeri di bawah sultan, raja – PPMM

Pindaan undang-undang sewajarnya perlu dilakukan segera kerajaan bagi memastikan kuasa negeri dikekalkan atau ditambah baik dalam hal ehwal agama Islam bagi mengelakkan kelompongan dalam bidang kuasa sedia ada, kata Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Peguam, Nik Erin Zurina (kiri) dan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim, Muhammad Hisham Marzuki (kanan).
  • Pindaan undang-undang sewajarnya perlu dilakukan segera kerajaan bagi memastikan kuasa negeri dikekalkan atau ditambah baik dalam hal ehwal agama Islam bagi mengelakkan kelompongan dalam bidang kuasa sedia ada, kata Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
  • Presidennya, Muhammad Hisham Marzuki berkata ini kerana keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan hari ini jelas memberi impak besar kepada kuasa negeri di bawah sultan atau raja, khususnya berkaitan penafsiran punca kuasa dalam membuat undang-undang jenayah di negara ini.
  • “PPMM menggesa tindakan yang lebih efektif dilakukan melalui Jawatankuasa Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam di dalam memberikan syor yang terbaik kepada pihak kerajaan di dalam memastikan tiada pertindihan kuasa negeri khusus berkenaan hal ehwal islam dapat diselesaikan. 
  • “Syor-syor ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada umat Islam di dalam mengamalkan ajaran Islam dan dilaksanakan dengan kadar segera dan menutup ruang cabaran undang-undang seperti ini pada masa akan datang,” kata Muhammad Hisham dalam kenyataan media dihantar kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.
  • Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Pindaan undang-undang sewajarnya perlu dilakukan segera kerajaan bagi memastikan kuasa negeri dikekalkan atau ditambah baik dalam hal ehwal agama Islam bagi mengelakkan kelompongan dalam bidang kuasa sedia ada, kata Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Presidennya, Muhammad Hisham Marzuki berkata ini kerana keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan hari ini jelas memberi impak besar kepada kuasa negeri di bawah sultan atau raja, khususnya berkaitan penafsiran punca kuasa dalam membuat undang-undang jenayah di negara ini.

Katanya, PPMM menerima keputusan dibuat panel hakim tersebut, namun beberapa tindakan segera perlu dilakukan pihak berkepentingan demi menjaga kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

“PPMM menggesa tindakan yang lebih efektif dilakukan melalui Jawatankuasa Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam di dalam memberikan syor yang terbaik kepada pihak kerajaan di dalam memastikan tiada pertindihan kuasa negeri khusus berkenaan hal ehwal islam dapat diselesaikan. 

“Syor-syor ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada umat Islam di dalam mengamalkan ajaran Islam dan dilaksanakan dengan kadar segera dan menutup ruang cabaran undang-undang seperti ini pada masa akan datang,” kata Muhammad Hisham dalam kenyataan media dihantar kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Muhammad Hisham berkata PPMM percaya pelbagai usaha jitu perlu dilakukan semua pihak berkepentingan dalam memastikan kuasa negeri, khusus berkenaan hal ehwal agama Islam, dapat dipelihara.

Usaha tersebut dapat dilaksanakan melalui kuasa termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan demi mengarusperdanakan syariah, katanya.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat, adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu dilaporkan sebagai berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN (Dewan Undangan Negeri) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Panel hakim itu juga memutuskan dua lagi peruntukan kesalahan (Seksyen 13: Menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral dan Seksyen 30: Perkataan yang boleh memecahkan keamanan) di bawah enakmen itu adalah sah.

Keputusan dicapai melalui penghakiman dengan majoriti 8-1, di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli membuat keputusan berbeza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending