Terkini
(VIDEO) Mentega Terbang: “Tiada nak go against atau be a part of any religion” – Pengarah
Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar menjelaskan filem itu hanya mengisahkan tentang persoalan remaja mengenai pegangan agamanya.
Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar menjelaskan filem itu hanya mengisahkan tentang persoalan remaja mengenai pegangan agamanya.
“Dia nak cari jalan supaya mak dia stay atas muka bumi ni.
“Persoalan ini juga dalam grey-area, sebab dia tiada nak go against atau be a part of any religion. Dia cuma nak, boleh tak kalau certain things dibuat hanya untuk certain things, itu sahaja, sebab dia budak-budak kan,” jelas Khairi menerusi perkongsian video di laman Instagram @mysuketv.
Dia ditemu bual mengenai filem itu dalam program SUKE Pagi di saluran SUKE TV pada 19 Januari lalu, iaitu hari pertama filem itu ditayangkan menerusi platform penstriman Viu.
View this post on Instagram
Khairi Anwar merupakan seorang pembikin filem dan pengamal teater.
Karya graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sering menyentuh isu sosio-ekonomi dan sosio-politik di Malaysia.
Penerbitnya, Meng Kheng Tan pula berpendapat rakyat Malaysia perlu mendalami agama lain untuk lebih memahami dan menerima orang di sekeliling.
“Sebagai seorang Malaysia, kita kena belajar pasal agama lain. Walaupun kita menganuti agama sendiri, tapi kalau kita belajar agama yang lain juga kan lebih baik.
“Kalau kita belajar, ada lebih banyak understanding, kita akan be more accepting of others,” katanya dalam temu bual itu.
Baru-baru ini, filem berdurasi 1 jam 44 minit itu dikritik ekoran didakwa mempersenda Islam secara terang-terangan.
Ia mengisahkan tentang Aisyah, remaja berusia 16 tahun yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula.
Pengkritik menganggap filem itu boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam dan cukup merbahaya kepada mereka yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.
Mentega Terbang ditayangkan secara terhad selama dua tahun sebelum mula ditayangkan di platform Viu.
Sumber: Instagram SUKE TV