Connect with us

Terkini

Diplomasi, dialog kaedah Malaysia tangani isu Islamofobia – Timbalan Menteri Luar

Malaysia akan memperjuangkan hak umat Islam di peringkat antarabangsa termasuk menangani isu Islamofobia melalui wadah diplomasi dua hala, pelbagai hala dan serantau.

Wartawan TMT

Published

on

Diplomasi, dialog kaedah Malaysia tangani isu Islamofobia - Timbalan Menteri Luar
Foto: Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.
  • Isu berkenaan termasuk kebajikan rakyat Palestin dan etnik Rohingya. – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin
  • “Usaha berkenaan akan mempergiatkan tangani pelbagai cabaran antarabangsa dalam budaya damai.”
  • “Pelaksanaan dasar luar negeri berkesan mampu jadi pemangkin kepada ekonomi berdaya maju dan mampan sejajar dengan Malaysia Madani,”
  • “Malaysia ambil sikap berhati-hati, sekali gus tidak akan memihak kepada mana-mana kuasa besar sama ada China atau Amerika Syarikat dalam persaingan mereka termasuk isu di Laut China Selatan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memperjuangkan hak umat Islam di peringkat antarabangsa termasuk menangani isu Islamofobia melalui wadah diplomasi dua hala, pelbagai hala dan serantau.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata isu berkenaan termasuk mengenai kebajikan rakyat Palestin dan etnik Rohingya.

Beliau berkata usaha berkenaan akan mempergiatkan menangani pelbagai cabaran antarabangsa dalam budaya damai.

Katanya, usaha itu antaranya dilaksanakan melalui sesi dialog, komunikasi dan penekanan falsafah hidup bersama.

“Contohnya baru-baru ini Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga mengadakan lawatan rasmi di Arab Saudi dan mengambil kesempatan bertukar pandangan mengenai sentimen anti Islam di sesetengah tempat sejak kebelakangan ini.

“Pelaksanaan dasar luar negeri yang berkesan mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi berdaya maju dan mampan sejajar dengan Malaysia Madani,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kerangka dasar luar Malaysia yang terkini mengambil kira perkembangan geopolitik semasa.

Pada masa sama, Mohamad berkata, Malaysia mengambil sikap berhati-hati, sekali gus tidak akan memihak kepada mana-mana kuasa besar sama ada China atau Amerika Syarikat (AS) dalam persaingan mereka termasuk isu di Laut China Selatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending