Terkini
Belanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100
Melalui peruntukan tambahan lebih RM40 juta itu, elaun bulanan membabitkan 35,000 guru KAFA naik kepada RM1,100.
- Melalui peruntukan tambahan lebih RM40 juta itu, elaun bulanan membabitkan 35,000 guru KAFA naik kepada RM1,100. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- “Kerajaan setuju berikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja (petugas masjid), marbut (pengurus masjid), guru KAFA dan guru takmir.
- “Seramai 70,000 orang akan terima sumbangan ini membabitkan peruntukan lebih RM40 juta,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100.
Melalui peruntukan tambahan lebih RM40 juta itu, elaun bulanan membabitkan 35,000 guru KAFA naik kepada RM1,100.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan sumbangan khas bagi menghargai jasa kelompok individu yang berperanan mengimarahkan masjid.
“Kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja (petugas masjid), marbut (pengurus masjid), guru KAFA dan guru takmir.
“Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini membabitkan peruntukan lebih RM40 juta,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Teruskan Membaca