Connect with us

Terkini

EKSKLUSIF: Jijik dengan hina agama di pentas lawak, Afdlin Shauki tarik sokongan terhadap Crackhouse

“Perbuatan menghina agama di pentas lawak membuatkan saya jijik dan tidak lagi boleh memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Afdlin Shauki
Foto: Afdlin Shauki.
  • Terdahulu pelawak terkenal, Datuk Afdlin Shauki lantang membantah penutupan Crackhouse Comedy Club.
  • Namun, pendirian tersebut berubah kerana semakin banyak pendedahan dan bukti-bukti penghinaan terhadap kesucian agama berlaku di kelab itu.
  • Sokongan sebelum ini dijelaskan hanya bertujuan memelihara kesinambungan rezeki para pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak berkualiti dan tidak menghina sesiapa.
  • Kenyataan tersebut dibuat di Facebook Afdlin Shauki hari ini.

KUALA LUMPUR – “Perbuatan menghina agama di pentas lawak membuatkan saya berasa jijik dan tidak lagi boleh memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!”

Demikian kenyataan tegas dikeluarkan oleh pelawak, Datuk Afdlin Shauki yang sebelum ini lantang membantah penutupan kelab tersebut namun mula berubah pendirian apabila semakin banyak pendedahan dan bukti-bukti penghinaan terhadap kesucian agama berlaku di kelab itu.

Katanya, “Berdasarkan info-info terkini yang telah diberi kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

Menurutnya, sekalipun hanya segelintir pelawak bertindak sebegitu namun jika ianya berterusan akan menjadi barah.

Screenshot FB Afdlin Shauki

“Perbuatan-perbuatan seperti di atas (merujuk kepada perkongsian tangkap layar pemilik premis berkenaan yang menyaksikan seorang wanita Islam dipelawa membuka penutup minuman beralkohol di kelab terbabit) yang dibanggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!” tulisnya di Facebook hari ini.

Jelas Afdlin, sokongan diberikan sebelum ini hanya bertujuan memelihara kesinambungan rezeki pelawak – pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak berkualiti dan tidak menghina sesiapa.

Beliau turut menasihatkan para pelawak stand up (komediri) terlebih dahulu mencari tempat alternatif untuk mencari rezeki kerana perkara yang sedang hangat diperkatakan ini tidak akan mampu diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka disabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.

“Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa dilindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah. Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang diterima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abang tak boleh lagi menyokong agar Crackhouse terus dibuka,” ujar pengarah filem Buli itu.

Sumber : Facebook Afdlin Shauki

Author