Connect with us

Terkini

Guru luah terpaksa beli sendiri kipas, meja, kerusi dan printer di sekolah

Meja, printer, LCD, kerusi, kipas, semua beli sendiri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Guru luah terpaksa beli sendiri kipas, meja, kerusi dan printer di sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Itu antara luahan guru dikongsi di ruangan komen Facebook susulan hantaran Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad yang mengatakan berlakunya ‘double standard’ di antara pejabat kerajaan dengan bilik guru.
  • Dr Anuar berkata, pejabat kerajaan selesa, nyaman dan hampir semua ruang pejabat dipasang aircond namun ada bilik guru di sekolah yang sesak dengan puluhan guru, berhimpit setiap hari di celah kerusi meja dan timbunan buku latihan murid, malah guru terpaksa berpanas serta tiada aircond. Guru harap rungutan mereka didengari kerana dikhuatiri luahan itu hanya menjadi ‘syok sendiri’ tanpa diambil cakna oleh pihak atasan.
  • “Cuba bayangkan keadaan pekerja dan mesin-mesin di kilang yang daif, teruk, buruk dan pekerja yang terbeban.. bagaimanalah agaknya “hasil kilang” itu?” – komen pengguna Facebook, Nadia Burn.

KUALA LUMPUR – Meja, printer, LCD, kerusi, kipas, semua beli sendiri.

Itu antara luahan guru yang dikongsi di ruangan komen Facebook susulan hantaran Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad yang mengatakan berlakunya ‘double standard’ di antara pejabat kerajaan dengan bilik guru.

Dr Anuar berkata, pejabat kerajaan selesa, nyaman dan hampir semua ruang pejabat dipasang aircond namun ada bilik guru di sekolah yang sesak dengan puluhan guru, berhimpit setiap hari di celah kerusi meja dan timbunan buku latihan murid, malah guru terpaksa berpanas serta tiada aircond

Katanya, ironinya di sini adalah apabila kita meminta guru ini membina pendidikan berkelas dunia.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen Facebook mendapati rata-rata guru bersetuju dengan kenyataan itu kerana menurut mereka sememangnya berlaku ‘double standard’ seperti didakwa Dr Anuar dan ia telah lama dilalui golongan pendidik.

Apa yang lebih menyedihkan ada guru mendedahkan mereka tidak mempunyai sebarang meja mahupun kerusi menyebabkan mereka terpaksa duduk di merata tempat.

“Ruang kerja kerani/pembantu am lagi mewah dan tahap kayangan daripada ruang kerja guru.. realiti pendidikan Malaysia…tapi tenaga guru bagai nak rak dikerah…modal yang selalu digunakan, pahala besar..” komen pengguna Facebook, Nadiah Nd ALi.

“Lagi menyedihkan bila ada segelintir guru terpaksa berkongsi tempat duduk dengan cikqu sesi berlainan. Dan mohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sediakan juga satu mesin fotostat setiap sekolah, senang guru-guru nak beri bahan kepada pelajar,” komen pengguna Facebook, Rashidi Raffar.

Antara tangkapan layar reaksi netizen di ruangan komen di Facebook: 

s1

 

s2

Dalam pada itu, ada guru mengharapkan rungutan mereka itu didengari kerana dikhuatiri luahan tersebut hanya menjadi ‘syok sendiri’ tanpa diambil cakna oleh pihak atasan.

“Kalau mengeluh lebih-lebih, netizen kata guru-guru ini tidak bersyukur, kerja orang lain lebih teruk bla-bla-bla.

“Tapi mereka tidak tahu sebenarnya cikgu dan sekolah ini ibarat “kilang manusia” yang bakal menghasilkan manusia yang “membina” negara.

“Cuba bayangkan keadaan pekerja dan mesin-mesin di kilang yang daif, teruk, buruk dan pekerja yang terbeban.. bagaimanalah agaknya “hasil kilang” itu? 

“Macam itu jugalah sekolah. Kalau guru-guru dianggap terlalu “demand”, tapi sebenarnya kami nak beri yang terbaik untuk anak-anak masyarakat. Tapi kalau kebajikan guru tidak dijaga, macam mana kita nak expect yang terbaik dari guru untuk jaga dan hasilkan produk (anak didik) yang terbaik,” komen pengguna Facebook, Nadia Burn. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Anuar Ahmad

Author