Terkini
EKSKLUSIF: Video jelik, teman lelaki wanita hina Islam didakwa di mahkamah
V Alexander Navin, 38 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen.
- Teman lelaki kepada wanita kontroversi hina Islam semasa buat persembahan komediri berdepan dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial, bulan lepas.
- Hantaran tersebut didakwa dibuat dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram dan YouTube.
- V Alexander Navin, 38 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen.
- Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama jika sabit kesalahan.
PETALING JAYA – Teman lelaki kepada wanita kontroversi hina Islam semasa membuat persembahan komediri di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr Ismail di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lepas.
V Alexander Navin, 38, yang memakai baju sejuk berwarna hitam dan berseluar jeans pendek mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus, lapor Sinar Harian pada Rabu.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’, pada 5 Jun dan 16 Jun lepas.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
Sumber : Sinar Harian