Antarabangsa
[VIDEO] Ribuan pelampau Hindu berarak, seru pembunuhan orang Islam di India
Hampir 10 ribu pelampau Hindu, termasuk penggubal undang-undang dari Parti Bharatiya Janata (BJP) dan kumpulan ekstremis, berkumpul dalam perarakan di Maharashtra yang menyeru pembunuhan orang Islam di India.
- Sami dan pelampau Hindu serta penggubal undang-undang dari Parti Bharatiya Janata (BJP) menyeru pembunuhan orang Islam India secara terbuka dalam satu perarakan di Maharashtra.
- “Muslim adalah seperti kambing yang menunggu masa untuk dikorbankan,” kata ketua sami Hindu, Sakshi Gaikwad dalam ucapannya di perarakan itu.
- Ekstremis Hindu turut menggesa untuk mengharamkan penggunaan pembesar suara di masjid dan menghentikan “jihad cinta” – teori konspirasi di mana lelaki Muslim dituduh menyebarkan Islam dengan cara menggoda dan menukar agama wanita Hindu.
- Pakar Akademik dan Sejarah Moden India, Ramanchandra Guha menghentam Narendra Modi kerana menyebabkan India berpecah belah disebabkan oleh politik supremasis Hindunya.
MUMBAI: Hampir 10 ribu pelampau Hindu, termasuk penggubal undang-undang dari Parti Bharatiya Janata (BJP) dan kumpulan ekstremis, berkumpul dalam perarakan di Maharashtra yang menyeru pembunuhan orang Islam di India.
View this post on Instagram
“Muslim adalah seperti kambing yang menunggu masa untuk dikorbankan,” kata ketua sami Hindu, Sakshi Gaikwad dalam ucapannya di perarakan itu.
Turut bercakap dalam acara itu adalah Ketua BJP Negeri Telangana, Raja Singh, yang ditahan beberapa kali atas kesalahan memberi komen sensitif terhadap Nabi Muhammad tetapi masih bebas menyebarkan kebencian dan propaganda anti-Islam di India.
Semasa perarakan itu, ekstremis Hindu turut menggesa pengharaman penggunaan pembesar suara di masjid dan menghentikan “jihad cinta” – teori konspirasi di mana lelaki Muslim dituduh menyebarkan Islam dengan cara menggoda dan menukar agama wanita Hindu.
Walaupun perarakan itu bersifat provokatif, ia masih dilindungi pihak polis.
Pakar Akademik dan Sejarah Moden India, Ramanchandra Guha menghentam Perdana Menteri Narendra Modi kerana menyebabkan India berpecah belah disebabkan politik supremasis Hindunya.
“Stigma terhadap Muslim yang dibawa Narendra Modi amat merisaukan dan demokrasi India tidak lagi boleh dibangunkan… kita mungkin menghampiri demokrasi 30:70,” katanya.
Beliau berkata India semakin menjadi negara Hindu akibat daripada kerajaan Modi yang membentuk semula politik berteraskan Hinduisme.
Ramachandra turut menghentam Modi atas kesannya terhadap institusi demokraktik India yang menyebabkan ekstremis India menolak legasi Gandhi.
Sumber: IAMC