Antarabangsa
(VIDEO) Modi rasmi kuil Hindu atas runtuhan Masjid Babri
Perdana Menteri India, Narendra Modi merasmikan sebuah kuil yang didirikan atas tapak masjid bersejarah di Ayodhya, Uttar Pradesh.

- Perdana Menteri India, Narendra Modi merasmikan sebuah kuil yang didirikan atas tapak masjid bersejarah di Ayodhya, Uttar Pradesh.
- Kuil Ram Mandir itu dibina di atas bekas tapak Masjid Babri yang didirikan pada era Dinasti Mughal pada abad ke-16.
- Masjid Babri bagaimanapun diruntuhkan pelampau Hindu pada 1992 dalam insiden rusuhan yang mengorbankan lebih 2,000 mangsa, majoritinya adalah Muslim.
- Penganut Islam solat di masjid itu sehingga tahun 1949 apabila seorang sami Hindu didakwa meletakkan berhala dalam masjid tersebut.
- Memetik laporan Al Jazeera pada Isnin, Mahkamah Agung India pada 2019 memutuskan memberi hak pemilikan masjid itu kepada kelompok Hindu.
Perdana Menteri India, Narendra Modi merasmikan sebuah kuil yang didirikan atas tapak masjid bersejarah di Ayodhya, Uttar Pradesh.
Kuil Ram Mandir itu dibina di atas bekas tapak Masjid Babri yang didirikan pada era Dinasti Mughal pada abad ke-16.
Masjid Babri bagaimanapun diruntuhkan pelampau Hindu pada 1992 dalam insiden rusuhan yang mengorbankan lebih 2,000 mangsa, majoritinya adalah Muslim.
Pembinaan Kuil Ram Mandir itu diabadikan kepada dewa Hindu, Ram yang mana penganut agama tersebut percaya dia dilahirkan di tapak masjid itu.
Penganut Islam solat di masjid itu sehingga tahun 1949 apabila seorang sami Hindu didakwa meletakkan berhala dalam masjid tersebut.
Memetik laporan Al Jazeera pada Isnin, Mahkamah Agung India pada 2019 memutuskan memberi hak pemilikan masjid itu kepada kelompok Hindu.
Perasmian Kuil Ram Mandir disifatkan sebagai kemenangan kepada agama Hindu, sekali gus mengubah demokrasi sekular India kepada sebuah negara yang menempatkan agama itu di atas segala-galanya.
Parti politik Bharatiya Janata Party (BJP) sejak 1980 lagi berjanji untuk mengambil alih tapak masjid itu dan membangunkan kuil di lokasi berkenaan.
Upacara pembukaan kuil tersebut mendapat liputan nasional yang mana ia juga dihadiri ketua kumpulan pelampau Hindu, Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 8,000 orang dijemput hadir ke majlis itu, termasuk taikun, aktor Bollywood dan pemain kriket. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
