Connect with us

Antarabangsa

Anwar ucap tahniah kepada Modi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas kemenangan parti beliau dalam pilihan raya umum (PRU) negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) & Perdana Menteri India, Narendra Modi (kanan).
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas kemenangan parti beliau dalam pilihan raya umum (PRU) negara itu.
  • “Sekalung tahniah buat Narendra Modi atas kemenangan berturut-turut untuk penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum India yang baru selesai. Proses dan praktik demokrasi di India ternyata mengujakan,” kata Perdana Menteri di akaun media sosial beliau pada Rabu.
  • Anwar berkata Perdana Menteri Modi juga telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkat tahap kesejahteraan rakyat dan juga membawa manfaat kepada wilayah tersebut.
  • “Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempatri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India,” kata Perdana Menteri.
  • Parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) muncul sebagai parti terbesar di dewan rendah parlimen tetapi gagal mencapai majoriti mudah apabila blok pembangkang mencatatkan pencapaian yang lebih baik dalam PRU kali ini yang diadakan dalam tujuh fasa pengundian antara 19 April dan 1 Jun.
  • BJP mempunyai 240 kerusi dan memerlukan sokongan rakan dalam Perikatan Demokratik Nasional (NDA) untuk melepasi 272 kerusi yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah di Lok Sabha, yang mempunyai 543 ahli yang terpilih.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas kemenangan parti beliau dalam pilihan raya umum (PRU) negara itu.

“Sekalung tahniah buat Narendra Modi atas kemenangan berturut-turut untuk penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum India yang baru selesai. Proses dan praktik demokrasi di India ternyata mengujakan,” kata Perdana Menteri di akaun media sosial beliau pada Rabu.

Anwar berkata Perdana Menteri Modi juga telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkat tahap kesejahteraan rakyat dan juga membawa manfaat kepada wilayah tersebut.

“Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempatri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India,” kata Perdana Menteri.

Parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) muncul sebagai parti terbesar di dewan rendah parlimen tetapi gagal mencapai majoriti mudah apabila blok pembangkang mencatatkan pencapaian yang lebih baik dalam PRU kali ini yang diadakan dalam tujuh fasa pengundian antara 19 April dan 1 Jun.

BJP mempunyai 240 kerusi dan memerlukan sokongan rakan dalam Perikatan Demokratik Nasional (NDA) untuk melepasi 272 kerusi yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah di Lok Sabha, yang mempunyai 543 ahli yang terpilih.

Beberapa pemimpin asing telah mengucapkan tahniah kepada Modi sejak keputusan pilihan raya diumumkan pada Selasa.

“Tahniah kepada Perdana Menteri Narendra Modi, BJP dan NDA yang diketuai BJP atas kemenangan ketiga berturut-turut dalam pilihan raya parlimen India.

“Saya mendoakan rakyat India keamanan dan kemakmuran dan saya berharap kerjasama antara negara kita akan terus berkembang. India dan Ukraine berkongsi nilai dan sejarah yang kaya. Semoga perkongsian kita terus berkembang maju, membawa kemajuan dan persefahaman bersama untuk negara kita,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam ucapan tahniahnya menyatakan hasratnya bahawa Modi akan “menunjukkan kepimpinan untuk pembangunan India yang lebih lanjut dan menyatakan bahawa beliau ingin bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Modi ke arah merealisasikan ‘Indo-Pasifik yang Bebas dan Terbuka’,” menurut Kementerian Luar Jepun.

Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menerusi hantaran di media sosial menyifatkan kemenangan NDA sebagai bersejarah.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda untuk mempererat kerjasama Singapura-India dan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik tahun depan,” katanya.

Pegawai dan ahli politik dari Nepal, Israel, Myanmar dan Sri Lanka turut menghantar ucapan tahniah kepada Modi.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dalam satu perutusan menyatakan hasrat beliau untuk mengukuhkan lagi persahabatan dan kerjasama antara India dan Itali.

“Saya berharap dapat bekerjasama untuk memajukan kepentingan bersama dalam mengejar kemakmuran dan kestabilan bersama untuk kedua-dua negara kita,” kata Presiden Maldives, Mohamed Muizzu.

“Sebagai jiran terdekat, Sri Lanka berharap untuk mengukuhkan lagi perkongsian dengan India,” kata Presiden Ranil Wickremesinghe.

Presiden Taiwan, Lai Ching-te menyatakan hubungan yang pesat berkembang dengan India dalam perutusannya.

“Ucapan tahniah saya kepada Perdana Menteri Narendra Modi atas kemenangan pilihan raya beliau. Kami berharap dapat meningkatkan perkongsian Taiwan-India yang berkembang pesat, memperluas kerjasama dalam perdagangan, teknologi dan sektor lain untuk menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran di Indo-Pasifik,” katanya. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending