Connect with us

Antarabangsa

Balas dendam insiden 1,000 tahun lalu, Ahli Parlimen India mahu masjid dirobohkan

Ahli Parlimen dari Bharatiya Janata Party (BJP), Anant Kumar Hegde berkata banyak masjid di wilayah Kannada, India, perlu dirobohkan kerana ia didirikan atas tapak kuil Hindu.

Wartawan TMT

Published

on

Balas dendam insiden 1,000 tahun lalu, Ahli Parlimen India mahu masjid dirobohkan
Foto: Ahli Parlimen dari Bharatiya Janata Party (BJP), Anant Kumar Hegde.
  • Ahli Parlimen dari Bharatiya Janata Party (BJP), Anant Kumar Hegde berkata banyak masjid di wilayah Kannada, India, perlu dirobohkan kerana ia didirikan atas tapak kuil Hindu.
  • Berucap dalam satu mesyuarat di Kumta, utara Kannada pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen dari parti pemerintah India itu mendakwa masjid di Bhatkal, Uttar Kannada dan Mandya dibina atas tapak keagamaan Hindu.
  • “Di setiap kampung terdapat tapak keagamaan kecil yang telah dicabul. Komuniti Hindu tidak boleh berdiam diri hingga ia dihancurkan,” katanya dipetik The Observer Post hari ini.
  • Hegde berkata ucapannya mungkin dilihat sebagai ugutan, namun beliau menegaskan seruannya itu sebagai membalas dendam bagi insiden 1,000 tahun lalu.

Ahli Parlimen dari Bharatiya Janata Party (BJP), Anant Kumar Hegde berkata banyak masjid di wilayah Kannada, India, perlu dirobohkan kerana ia didirikan atas tapak kuil Hindu.

Berucap dalam satu mesyuarat di Kumta, utara Kannada pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen dari parti pemerintah India itu mendakwa masjid di Bhatkal, Uttar Kannada dan Mandya dibina atas tapak keagamaan Hindu.

“Di setiap kampung terdapat tapak keagamaan kecil yang telah dicabul. Komuniti Hindu tidak boleh berdiam diri hingga ia dihancurkan,” katanya dipetik The Observer Post hari ini.

Hegde berkata ucapan itu mungkin dilihat sebagai ugutan, namun beliau menegaskan seruannya itu sebagai membalas dendam bagi insiden 1,000 tahun lalu.

Biarkan surat khabar menulisnya secara terus, sebahagian orang menganggapnya sebagai ugutan. Kami melakukannya sebagai jaminan.

“Jika kita tidak membalas dendam untuk 1,000 tahun lalu, maka komuniti Hindu boleh mengatakan yang kami tidak berdarah Hindu,” katanya.

Beliau berkata keputusan meruntuhkan Masjid Babri adalah daripada komuniti Hindu bukan dirinya semata-mata.

Polis Utara Kannada telah mendaftarkan aduan suo-moto terhadap Hegde di bawah Seksyen 153 (mempromosikan permusuhan antara kumpulan berbeza) dan Seksyen 505 (kempen mencetuskan kecelaruan awam) Kanun Keseksaan India (IPC).

Walaupun menghadapi kontroversi, Hegde konsisten maju dalam karier politiknya, terutama menjelang pilihan raya Lok Sabha. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending