Connect with us

Antarabangsa

Norway batal kebenaran bakar al-Quran selepas amaran Turkiye

Norway membatalkan kebenaran terhadap rancangan pihak pelampau membakar al-Quran selepas Turkiye memberi amaran kepada negara itu, lapor agensi berita Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Norway batal kebenaran bakar al-Quran selepas amaran Turkiye
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu berkata perkara itu  membawa kepada jenayah benci, Islamofobia, perkauman, xenofobia, tidak bertoleransi dan diskriminasi.
  • “Anda melihat apa yang berlaku di Sweden, Belanda dan Denmark. Perkara yang sama akan berlaku di Norway. Hari ini, kami memanggil duta Norway. Dan mereka menarik balik kebenaran yang mereka berikan.” 
  • “Jenayah terhadap kemanusiaan bukan kebebasan bersuara. Ini jenayah kebencian. Kebencian bukan kebebasan bersuara,” katanya.

OSLO, 12 Rejab 1444H, Jumaat – Norway membatalkan kebenaran terhadap rancangan pihak pelampau membakar al-Quran selepas Turkiye memberi amaran kepada negara itu, lapor agensi berita Anadolu.

Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu berkata, pecutan globalisasi dan perubahan telah membawa beberapa kesan dalam aspek kemanusiaan seperti hakisan identiti nasional serta kehilangan kesedaran bahasa.

Ia juga telah membawa kepada jenayah benci, Islamofobia, perkauman, xenofobia, tidak bertoleransi dan diskriminasi, katanya.

“Anda melihat apa yang berlaku di Sweden, Belanda dan Denmark. Perkara yang sama akan berlaku di Norway. Hari ini, kami memanggil duta Norway. Dan mereka menarik balik kebenaran yang mereka berikan.

“Jenayah terhadap kemanusiaan bukan kebebasan bersuara. Ini jenayah kebencian. Kebencian bukan kebebasan bersuara,” tegas diplomat tertinggi itu ketika berucap dalam satu acara di Ankara.

Terdahulu, Turkiye memanggil Duta Besar Norway di Ankara, Erling Skjonsberg berhubung rancangan untuk membakar al-Quran di negara Scandinavia it hari ini.

Skjonsberg diberitahu bahawa Ankara mengutuk sekeras-kerasnya pendekatan Norway untuk tidak menghalang tindakan provokatif yang dirancang jelas sebagai jenayah kebencian.

Beliau menegaskan, sikap ini tidak boleh diterima dan pihaknya menjangkakan tindakan patut dihalang, menurut sumber diplomatik Turkiye.

Minggu lalu, Turkiye turut memanggil duta Sweden, Belanda dan Denmark di Ankara berhubung insiden yang berkaitan dengan pembakaran al-Quran. – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *