KK Mart menyaman syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd kerana didakwa mensabotaj perniagaan rangkaian kedai serbaneka itu dengan membekalkan stoking kalimah Allah untuk dijual.
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu termasuk rakyat Malaysia, jika didapati bersekongkol atau membantu kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap tuntutan Sabah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih yakin dengan kesepaduan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang semakin kukuh berbanding pada ketika mula mengambil alih kerajaan.