Connect with us

Terkini

KK Mart saman pembekal stoking kalimah Allah atas dakwaan sabotaj

KK Mart menyaman syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd kerana didakwa mensabotaj perniagaan rangkaian kedai serbaneka itu dengan membekalkan stoking kalimah Allah untuk dijual.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KK Mart menyaman syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd kerana didakwa mensabotaj perniagaan rangkaian kedai serbaneka itu dengan membekalkan stoking kalimah Allah untuk dijual.
  • Peguam David Gurupatham mengesahkan saman itu difailkan, dengan Xin Jian Chang dan pemiliknya Soh Chin Huat dinamakan sebagai defendan.
  • KK Mart menuntut ganti rugi lebih RM32 juta daripada Xin Jian Chang, termasuk bagi kehilangan lebih RM20 juta akibat pembatalan cadangan penyenaraian IPO di bursa saham perniagaan.
  • Ia turut menuntut RM10.5 juta bagi kerosakan terhadap jenamanya di pasaran, selain RM1.5 juta bagi kehilangan keuntungan daripada purata pendapatan seminggu dan berterusan untuk dinilai pada tarikh penghakiman. 

KUALA LUMPUR — KK Mart menyaman syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd kerana didakwa mensabotaj perniagaan rangkaian kedai serbaneka itu dengan membekalkan stoking kalimah Allah untuk dijual.

Peguam David Gurupatham mengesahkan saman itu difailkan, dengan Xin Jian Chang dan pemiliknya Soh Chin Huat dinamakan sebagai defendan.

Menurut pernyataan tuntutannya, KK Mart berkata “defendan menyebabkan sabotaj perniagaannya yang sah”.

KK Mart berkata Xin Jian Chang memohon kebenaran membekalkan penutup tangan secara konsainan di cawangan-cawangannya dan tidak memberi kebenaran untuk paparan atau penjualan stoking dalam sebarang bentuk.

“Defendan secara cuai melulu menjual stoking ‘Allah’ tanpa pengetahuan atau persetujuan plaintif di premis plaintif di Bandar Sunway, yang menyalahi undang-undang,” menurut pernyataan itu dipetik FMT pada Isnin.

Plaintif berkata defendan menyedari pada 5 Februari lalu, dua daripada tiga kakitangan di cawangan Bandar Sunway tidak hadir untuk bekerja, hanya seorang pekerja bertugas di juruwang.

“Defendan sedar sepenuhnya bahawa mereka akan meletakkan barang tersebut di rak stor premis tersebut pengawasan kakitangan plaintif,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keadaan itu plaintif tidak dapat menyelia dengan munasabah peletakan stoking berkenaan, atau memeriksa barang itu.

Pernyataan tuntutan itu mengatakan rekod plaintif menunjukkan defendan meletakkan barang yang menyinggung perasaan itu tanpa kebenaran atau pengetahuan plaintif di rak berkenaan.

Plaintif mendakwa tujuan utama defendan adalah untuk mencampuri perniagaannya secara menyalahi undang-undang dengan memusnahkan nama baik dan reputasi bagi memastikan rancangan penyenaraian KK Mart melalui tawaran awam awal (IPO) tidak berlaku, seterusnya menyebabkan perniagaan dan/atau perdagangan plaintif gagal sepenuhnya.

Plaintif juga mendakwa tindakan sabotaj perniagaannya secara langsung mengakibatkan boikot awam ke atas kedainya di seluruh negara, mesej kebencian terhadap jenama KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, selain ancaman keganasan, komen sosial negatif dan siaran.

Ini menyebabkan plaintif tidak dapat menjalankan perniagaan secara munasabah dan mengalami mudarat, kerugian serta kerosakan tidak dapat dipulihkan.

Plaintif berkata menurut kontrak bertarikh 1 Disember 2021, defendan membekalkan barang untuk dijual secara konsainan di premis plaintif untuk memastikan barang dibekalkan mengikut terma perjanjian dan sah dari segi undang-undang bawah Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382).

Susulan itu, dakwanya defendan menyebabkan plaintif mengalami kerugian langsung dan kerugian ekonomi atas sebab kecuaian dan/atau tindakan melulu.

KK Mart menuntut ganti rugi lebih RM32 juta daripada Xin Jian Chang, termasuk bagi kehilangan lebih RM20 juta akibat pembatalan cadangan penyenaraian IPO di bursa saham perniagaan.

Ia turut menuntut RM10.5 juta bagi kerosakan terhadap jenamanya di pasaran, selain RM1.5 juta bagi kehilangan keuntungan daripada purata pendapatan seminggu dan berterusan untuk dinilai pada tarikh penghakiman. 

Terbaharu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilaporkan akan membuat pertuduhan terhadap Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. 

Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarah-pengarah syarikat berkenaan juga akan dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending