Connect with us

Terkini

PM Anwar umum sumbangan RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Published

on

Foto: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Perdana Menteri membuat pengumuman berkenaan ketika majlis perasmian Seminar Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi dan Institut Pemikiran Al-Qaradawi di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.
  • “Sudah pasti secara peribadi saya amat terhutang budi kepada Al-Qaradawi sama ada dari segi idea pemikiran, dukungan moral dan persahabatan yang dibina atas asas keikhlasan. Semoga ikhtiar seperti ini akan mendapat barakah, membawa manfaat dan mencerahkan umat,” katanya.
  • Beliau berkata Al-Qaradawi disifatkan sebagai pencetus perubahan atau “zeitgeist”, penggerak atau semangat zaman yang menzahirkan keterbukaan dalam pemikiran dan pendamba pembaharuan dalam menghadapi cabaran kontemporari.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan Kerajaan MADANI berjumlah RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi bagi mendukung pengembangan dan memperkukuh penyelidikan berkaitan sumbangan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Perdana Menteri membuat pengumuman berkenaan ketika majlis perasmian Seminar Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi dan Institut Pemikiran Al-Qaradawi di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

“Sudah pasti secara peribadi saya amat terhutang budi kepada Al-Qaradawi sama ada dari segi idea pemikiran, dukungan moral dan persahabatan yang dibina atas asas keikhlasan. Semoga ikhtiar seperti ini akan mendapat barakah, membawa manfaat dan mencerahkan umat,” katanya menerusi hantaran dalam X.

Anwar turut menyingkap kembali kisah awal interaksi serta kerjasama beliau dengan tokoh ilmuwan Islam itu ketika aktif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau berkata Al-Qaradawi disifatkan sebagai pencetus perubahan atau “zeitgeist”, penggerak atau semangat zaman yang menzahirkan keterbukaan dalam pemikiran dan pendamba pembaharuan dalam menghadapi cabaran kontemporari.

“Sewaktu meningkatnya semangat kebangkitan Islam pada sekitar awal 80-an, Al-Qaradawi menghantar satu risalah kepada pimpinan ABIM yang menegaskan agar ABIM mengambil jarak dari aliran keras dan kekalkan wasatiyah atau kesederhanaan.

“Nasihat ini bagi saya amat penting sewaktu meningkatnya semangat dan aliran pemikiran yang tidak terbuka menerima pandangan yang berbeda pada ketika itu,” katanya. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author