Terkini
Malaysia jadi ‘syurga PATI’ akibat rasuah, pemimpin, pegawai tak bertanggungjawab – Putra
- Presiden Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (Putra), Ibrahim Ali, mendakwa Malaysia telah menjadi destinasi pilihan PATI berikutan kelemahan kawalan sempadan serta masalah rasuah yang didakwanya melibatkan sebahagian pihak bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.
- “Kenapa Thailand dan negara jiran lain tidak menjadi sasaran PATI. Sebabnya negara lain tegas dan tiada tolak ansur dengan PATI. Malaysia syurga PATI kerana segala-galanya bocur akibat rasuah dan pemimpin serta pegawai kerajaan ada yang tidak bertangungjawab.
- “Sepatutnya kawalan ketat dan tegas di semua sempadan negara saperti yang dilakukan oleh Australia dan Eropah, tidak kira apa status PATI mesti disekat dan halau,” katanya dalam satu kenyataan semalam yang dipetik Malaysia Kini.
KUALA LUMPUR – Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (Putra) menggesa kerajaan mengambil pendekatan lebih tegas dalam menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), termasuk mencontohi dasar pelarian yang diamalkan Australia.
Presiden Putra, Ibrahim Ali, mendakwa Malaysia telah menjadi destinasi pilihan PATI berikutan kelemahan kawalan sempadan serta masalah rasuah yang didakwanya melibatkan sebahagian pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.
“Kenapa Thailand dan negara jiran yang lain tidak menjadi sasaran PATI. Sebabnya negara lain tegas dan tiada tolak ansur dengan PATI. Malaysia adalah syurga PATI kerana segala-galanya bocur akibat rasuah dan pemimpin serta pegawai kerajaan ada yang tidak bertangungjawab.
“Sepatutnya kawalan ketat dan tegas di semua sempadan negara saperti yang dilakukan oleh Australia dan Eropah, tidak kira apa status PATI mesti disekat dan halau,” katanya dalam satu kenyataan semalam yang dipetik Malaysia Kini.
Bekas timbalan menteri itu turut mencadangkan jumlah PATI yang dibenarkan berada di negara ini dihadkan kepada maksimum 200,000 orang, manakala selebihnya dihantar keluar tanpa kompromi.
Beliau juga mengesyorkan pelaksanaan langkah lebih tegas termasuk menempatkan pelarian di pusat tahanan luar pesisir serta memintas bot asing di perairan antarabangsa sebelum mereka memasuki negara ini.
Cadangan tersebut dikemukakan susulan dakwaan Putra bahawa sebahagian PATI kini semakin berani melanggar undang-undang tempatan selain menunjukkan sikap yang tidak menghormati masyarakat tempatan.
Isu berkaitan warga asing dan pelarian, khususnya membabitkan etnik Rohingya, terus menjadi antara topik yang hangat diperdebatkan dalam negara dengan pelbagai pihak menggesa penambahbaikan terhadap pengurusan sempadan dan dasar berkaitan pelarian. – The Merdeka Times