Terkini
Ebit Lew diarah bela diri pertuduhan gangguan seksual
- Pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah membela diri oleh Mahkamah Majistret berkaitan pertuduhan membabitkan gangguan seksual terhadap seorang wanita, kira-kira lima tahun lalu.
- Majistret, Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan itu selepas mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap Ebit Lew.
- Dalam perbicaraan itu, Ebit Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah untuk membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini, berkaitan pertuduhan membabitkan gangguan seksual terhadap seorang wanita, kira-kira lima tahun lalu.
Majistret, Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan itu selepas mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, lapor Sinar Harian.
Dalam perbicaraan itu, Ebit Lew yang berusia 41 tahun itu, berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin, Muhammad Hidayat Wahab.
Ebit Lew diwakili peguam, Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan. – The Merdeka Times