Connect with us

Terkini

Akmal kepada DAPSY: ‘Bukan sahaja Tok Mat, pecat juga seluruh menteri, timbalan menteri UMNO’

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada desakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak tegas terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ekoran dakwaan penglibatan dalam gerakan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.
  • “Pemuda UMNO cabar untuk pecat bukan sahaja Tok Mat (Mohamad), tapi seluruh menteri dan timbalan menteri UMNO. Kita okay sahaja hendak tengok pemimpin kamu berani atau tidak,” katanya di laman Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh hari ini dengan nada sinis mencabar agar semua menteri dan timbalan menteri di bawah UMNO dipecat dalam kerajaan.

Akma membuay kenyataan itu sebagai reaksi terhadap desakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak tegas terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ekoran dakwaan penglibatan dalam gerakan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.

“Pemuda UMNO cabar untuk pecat bukan sahaja Tok Mat (Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan), tapi seluruh menteri dan timbalan menteri UMNO. 

“Kita okay sahaja hendak tengok pemimpin kamu berani atau tidak,” katanya di laman Facebook hari ini.

Mohamad didakwa menyokong usaha menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan beberapa hari lalu.

Negeri Sembilan ketika ini sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO dan Barisan Nasional bertindak menarik sokongan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus menggugat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

Akmal turut berkongsi tangkapan layar laporan berita berhubung desakan DAPSY agar Anwar memecat Mohamad.

Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Kusaaliny Mahendran dilaporkan sebagai berkata, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan integriti pentadbiran Kerajaan Perpaduan terus terpelihara.

“Justeru, kami mendesak Perdana Menteri untuk segera memecat Mohamad daripada jawatan Menteri Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, tindakan Mohamad itu merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap prinsip kolektif pentadbiran negara.

“Tiada ruang untuk ‘musuh dalam selimut’ dalam pentadbiran negara,” tegasnya. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author