Connect with us

Terkini

eHati: mahkamah keluar waran tangkap terhadap dua individu gagal hadir pertuduhan

Published

on

Foto: Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar.
  • “Ada dua waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir ke mahkamah ketika pertuduhan dijalankan, itu saya sahkan… kita sedang berusaha untuk mencari individu-individu ini,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor.

 

SHAH ALAM – Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas dua individu termasuk pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati kerana gagal hadir pada hari pertuduhan.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya kini giat mengesan kedua-dua individu.

“Ada dua waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir ke mahkamah ketika pertuduhan dijalankan, itu saya sahkan… kita sedang berusaha untuk mencari individu-individu ini,” katanya pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor.

Menyentuh mengenai penemuan mayat di tepi sungai berdekatan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Bandar Sunway pada awal bulan lepas, beliau berkata bedah siasatan sudah dijalankan namun punca kematian tidak dapat ditentukan berikutan keadaan jasad yang telah lama.

Shazeli berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Kimia untuk membantu mencari punca kematian bagi membantu siasatan.

“Bagi kes ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan sehingga kini dan identiti mayat juga tidak dapat ditentukan kerana tiada individu yang tampil untuk membuat pengecaman atau pengesahan bersabit kes orang hilang dan sebagainya namun kita masih meneruskan usaha tersebut,” katanya. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author