Connect with us

Antarabangsa

Zohran Mamdani ikrar pertahan hak LGBTQ+ di New York

Published

on

Foto: Calon utama Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani
  • Dalam video kempen terbaharunya, Mamdani yang terkenal dengan pendiriannya menyokong komuniti LGBTQ+ berjanji menjadikan New York sebagai bandar perlindungan untuk golongan tersebut, termasuk menyalurkan berjuta-juta dolar bagi menyokong perkhidmatan komuniti itu seperti program perumahan dan rawatan pengesahan jantina.
  • Jika terpilih, Mamdani bakal menjadi Datuk Bandar Muslim dan berdarah India pertama memimpin kota terbesar di Amerika Syarikat itu yang mempunyai lebih 8.5 juta penduduk.

 

NEW YORK – Calon utama Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, berikrar akan mengerahkan ratusan peguam bagi menentang dasar yang disifatkannya sebagai “kebencian anti-LGBTQ+” oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Mamdani, yang menggelar dirinya sebagai sosialis demokratik, mencipta kejutan besar pada bulan Jun lalu apabila menewaskan tokoh politik veteran dan bekas gabenor Andrew Cuomo dalam pemilihan peringkat parti Demokrat, sekaligus menjadi calon rasmi parti itu untuk jawatan Datuk Bandar.

Beliau kini bakal berdepan calon Republikan Curtis Sliwa serta Cuomo yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya bulan depan.

Penyandang jawatan, Eric Adams, menarik diri daripada pencalonan semula dua minggu lalu selepas kempen yang dianggap tidak menentu.

Jika terpilih, Mamdani bakal menjadi Datuk Bandar Muslim dan berdarah India pertama memimpin kota terbesar di Amerika Syarikat itu yang mempunyai lebih 8.5 juta penduduk.

Dalam video kempen terbaharunya, Mamdani yang terkenal dengan pendiriannya menyokong komuniti LGBTQ+ berjanji menjadikan New York sebagai bandar perlindungan untuk golongan tersebut, termasuk menyalurkan berjuta-juta dolar bagi menyokong perkhidmatan komuniti itu seperti program perumahan dan rawatan pengesahan jantina.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author