Terkini
Sunyi, kurang sokongan keluarga, rakan: Risiko tinggi kematian akibat kanser – Kajian
- Pengasingan sosial bermaksud keadaan di mana seseorang terputus hubungan atau tidak berinteraksi secara kerap dengan orang lain dalam masyarakat.
- Ia boleh berlaku apabila individu tidak mempunyai sokongan sosial seperti keluarga, rakan, komuniti, jarang berkomunikasi atau bersosial, hidup bersendirian dalam jangka masa panjang atau dihindari atau dijauhkan oleh orang lain
- Kajian yang berdasarkan data lebih 1.5 juta pesakit daripada 12 kajian berbeza itu, mendapati kesunyian dan pengasingan memberi kesan emosi dan psikologi yang ketara, yang boleh mempengaruhi perkembangan kanser dan kadar kelangsungan hidup pesakit.
LONDON – Kesunyian dan pengasingan sosial dikaitkan dengan risiko kematian akibat kanser yang 34% lebih tinggi, menurut satu kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal BMJ Oncology, lapor Anadolu Ajansi.
Pengasingan sosial bermaksud keadaan di mana seseorang terputus hubungan atau tidak berinteraksi secara kerap dengan orang lain dalam masyarakat.
Ia boleh berlaku apabila individu tidak mempunyai sokongan sosial seperti keluarga, rakan, komuniti, jarang berkomunikasi atau bersosial, hidup bersendirian dalam jangka masa panjang atau dihindari atau dijauhkan oleh orang lain
Kajian yang berdasarkan data lebih 1.5 juta pesakit daripada 12 kajian berbeza itu, mendapati kesunyian dan pengasingan memberi kesan emosi dan psikologi yang ketara, yang boleh mempengaruhi perkembangan kanser dan kadar kelangsungan hidup pesakit.
Para penyelidik berkata penemuan ini menunjukkan bahawa kesunyian dan pengasingan sosial boleh memberi kesan kepada hasil rawatan kanser “melebihi faktor biologi tradisional dan faktor berkaitan rawatan.”
“Dari segi biologi, tindak balas tekanan yang dicetuskan oleh kesunyian boleh menyebabkan gangguan sistem imun dan peningkatan aktiviti keradangan, yang akhirnya menyumbang kepada perkembangan penyakit,” menurut kajian tersebut.
Kanser kekal sebagai salah satu punca utama kematian di peringkat global, dengan hampir 20 juta kes baharu didiagnosis dan 9.7 juta kematian dicatatkan pada tahun 2022.
Jumlah itu dijangka meningkat kepada 35 juta kes baharu dan 18.5 juta kematian menjelang tahun 2050, menurut data kesihatan global. – The Merdeka Times