Connect with us

Terkini

(VIDEO) Industri vape tidak beri pulangan kepada ekonomi seperti didakwa

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed

KUALA LUMPUR — Seorang profesor dari Jabatan Amalan Farmasi, Kuliyyah Farmasi, UIAM  menafikan dakwaan yang sering digembar-gemburkan bahawa industri vape  menyumbang kepada ekonomi negara.

Menurut Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed dakwaan bahawa industri vape akan memberikan pulangan kepada negara menerusi kutipan cukai merupakan satu penipuan.

Katanya, ini kerana jumlah cukai yang berjaya dikutip oleh pihak kerajaan daripada industri tersebut begitu sedikit berbanding apa dijanjikan sebelum ini.

Dan kita tahu juga dalam pembentangan bajet kononnya apa yang dikutip daripada syarikat atau industri vape akan separuh daripadanya akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan tetapi ini juga tidak berlaku.

“Semuanya ini janji-janji kosong yang sebenarnya membebankan Kementerian Kesihatan yang perlu menangani dua epidemik (vape dan rokok), dua epidemik serentak jadi apa kebaikan rokok elektronik pada masa ini saya tidak nampak langsung,” katanya.

Tambah beliau, pihak dari jabatan kajian teknikal telah pun mengemukakan pandangan kepada Kementerian Kesihatan dan pihak lain mengenai keperluan mengharamkan vape sejak tahun 2018 lagi.

Namun,  apabila isu itu dibawa ke Parlimen, ia dilihat sebagai isu ekonomi dan dikaitkan dengan kepentingan industri kelompok Bumiputera.

Bagaimanapun, menurut Mohamad Haniki, realitinya bukanlah industri Bumiputera yang meraih keuntungan daripada industri itu, sebaliknya syarikat-syarikat dari luar negara yang mengeluarkan cecair dan peranti rokok elektronik tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel di episod terbaru program Analisis Bersama Finaz Yunus bertajuk, “Mengapa sukar untuk Malaysia sekat penjualan vape?”.

Program terbitan Studio Merdeka itu yang bersiaran di YouTube The Merdeka Times turut menampilkan Ketua Pemuda AMANAH Perlis, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad. — The Merdeka Times

Author