Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Apa yang dirasai Israel hari ini, Gaza sudah lama lalui tanpa henti

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan

TEL AVIV – “Saya tertekan dan masih terkejut. Saya pernah lalui masa-masa sukar dalam hidup, tetapi saya tak pernah berada dalam situasi seperti ini.

“Saya sedang tidur di rumah dan tidak dengar pun siren amaran serangan peluru berpandu dan hanya terjaga selepas terdengar letupan kuat yang menyusul,” kata Julia Zilbergoltz yang masih terkejut dengan serangan Iran yang memusnahkan bangunan pangsapurinya di Bat Yam, berhampiran Tel Aviv, lapor France 24.

Ketika media antarabangsa memberi tumpuan kepada kesan psikologi terhadap rakyat Israel selepas serangan balas Iran, penderitaan harian rakyat Palestin sering diketepikan, walaupun mereka telah lama menjadi mangsa utama kekejaman Zionis. 

Rumah Zilbergoltz mungkin musnah dalam satu malam. Namun di Gaza, satu generasi telah dibesarkan dalam runtuhan. Sekolah menjadi sasaran. Hospital dibom. Masjid menjadi abu. Dan di tengah-tengah kehancuran itu, dunia hanya memerhati, atau lebih buruk, membisu.

Rumah penduduk Gaza bukan sahaja hancur, tetapi impian, masa depan, dan hak asas mereka turut dikuburkan bersama runtuhan.

Realiti yang lebih memilukan dan berpanjangan masih menimpa jutaan rakyat Palestin di Gaza. Serangan demi serangan ke atas wilayah yang dijajah, telah memusnahkan seluruh wilayah itu, membunuh ribuan orang awam, yang majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Malah, ribuan lagi cacat, tanpa tempat tinggal, serta bergelut untuk mendapatkan makanan, air bersih, dan rawatan kesihatan asas.

Hari ini, dunia gempar kerana beberapa peluru berpandu sampai ke Tel Aviv. Tapi di Gaza, mayat disusun berlapis-lapis saban hari. Satu keluarga Palestin boleh hilang serentak dalam satu serangan.

Kita tidak menafikan penderitaan mana-mana pihak. Tetapi keadilan memerlukan kejujuran. Dan kejujuran bermula dengan mengakui bahawa apa yang dirasai Israel hari ini hanyalah sekelumit penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin sejak puluhan tahun kekejaman Zionis. – The Merdeka Times

Author