Terkini
Punca kematian lelaki mualaf terbabit kes penukaran agama anak belum diketahui, Bedah siasat kedua dijalankan

- Punca kematian Allahyarham Muhammad Nagahswaran Muniandy yang sebelum ini terbabit dalam konflik dengan bekas isterinya, Loh Siew Hong berhubung penukaran agama tiga anak mereka kepada Islam secara unilateral belum diketahui.
- Perkara itu dimaklumkan peguam Siew Hong, J Gunamalar semalam yang turut menyatakan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Petani telah dihantar ke Hospital Alor Setar bagi bedah siasat kali kedua.
- Lelaki mualaf berusia 38 tahun itu sebelum ini dilapor meninggal dunia pada Selasa.
KUALA LUMPUR — Punca kematian Allahyarham Muhammad Nagahswaran Muniandy yang sebelum ini terbabit dalam konflik dengan bekas isterinya, Loh Siew Hong berhubung penukaran agama tiga anak mereka kepada Islam secara unilateral belum diketahui.
Perkara itu dimaklumkan peguam Siew Hong, J Gunamalar semalam yang turut menyatakan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Petani telah dihantar ke Hospital Alor Setar bagi bedah siasat kali kedua.
Lelaki mualaf berusia 38 tahun itu sebelum ini dilapor meninggal dunia pada Selasa.
Pertikaian kes perebutan hak penjagaan anak pasangan berkenaan bermula apabila Allahyarham Muhammad Nagahswaran dilapor membawa tiga anak mereka ke Perlis dan menukar agama mereka kepada Islam secara sebelah pihak pada 2020.
Ketiga-tiga anak mereka ialah kembar perempuan kini berumur 17 tahun dan seorang lelaki berumur 13 tahun.
